Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, bekalan roti Gardenia di kebanyakan kedai habis diborong oleh pembeli panik.
Kegilaan ini bertambah serius apabila terdapat golongan yang sengaja mengambil kesempatan atas situasi ini dengan menjual semula roti-roti yang telah dibeli di media sosial dengan ‘harga yahudi‘.
Gardenia Bakeris Sdn Bhd, sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa kilang-kilang mereka sudah mencapai tahap produksi maksimum iaitu sebanyak 840,000 buku roti sehari.
Tetapi hari ini Pengurus Besar Kanan mereka, Desmond Tan, menyatakan mereka akan menambah kapasiti pengeluaran kepada 2.2 juta buku roti sehari.
Untuk mencapai jumlah sebanyak ini, lima kilang mereka akan beroperasi selama 24 jam sepanjang tempoh PKP.
“Bekalan ini untuk menampung permintaan roti yang meningkat 60 peratus di semenanjung Malaysia termasuklah jenama-jenama lain.”
Katanya, 2.2 juta pengeluaran roti sehari itu adalah kombinasi semua jenis roti termasuklah roti wholemal, cream rolls, roti putih, buns dan twiggies.
Dalam masa yang sama, KPDNHEP turut mengesyorkan agar peruncit melaksanakan pembelian roti terhad secara kendiri mengikut keperluan setempat masing-masing demi menjaga kebaikan pengguna yang lain.