Fitbit merupakan salah satu pengeluar peranti kecergasan yang popular di dunia. Menurut laman web statistik popular Statista, Fitbit mempunyai 31 juta orang pengguna aktif di seluruh dunia. Terbaru, syarikat tersebut dilaporkan akan menambah fungsi mengesan dengkuran dan bunyi pada perantinya. Fungsi tersebut akan disokong oleh peranti yang mempunyai pembesar suara yang sedia terbina di dalamnya.
Dengkuran boleh ditakrifkan sebagai petanda awal kepada masalah kesihatan, disamping mengganggu tidur orang di sebelah anda. Antara penyebab yang dikatakan menjadi punca dengkuran adalah pengambilan alkohol berdekatan dengan waktu tidur, berat badan yang berlebihan serta postur tidur yang salah. Berdengkur juga menyebabkan anda boleh berhenti bernafas dan membawa kepada penyakit apnea.
Fungsi terbaru Fitbit ini dinamakan sebagai Snore & Noise Detect dimana ia akan menjejaki bunyi yang datang dari penggunanya ataupun orang di sebelahnya. Namun begitu, fungsi ini tidak menyatakan apa yang perlu dilakukan sekiranya kadar dengkuran anda terlalu tinggi, ianya adalah satu petanda yang mungkin anda boleh rujuk kepada doktor dan pakar kesihatan. Fungsi ini dikatakan memerlukan kepada kuasa bateri yang banyak, dan pengguna disarankan mempunyai kadar bateri sebanyak 40 peratus sebelum mengaktifkannya.
Fitbit mempunyai rangkaian pengguna yang besar dan aktif menggunakannya untuk tujuan kecergasan, selain pelbagai funsi dan tetapan baharu yang turut hadir dengan pengurusan stres, pemantauan ECG, dan beberapa yang lain.