Ramalan naik turun harga emas selalu menjadi perbincangan dalam kalangan pelabur. Pandemik Covid-19 yang berlanjutan sejak Disember 2019 telah mempengaruhi naik turun pasaran ekonomi di seluruh dunia. Apabila berlakunya sebarang ketidak-stabilan terhadap politik dan ekonomi, emas akan kembali menjadi pilihan utama buat para pelabur. Sudah tentu sekali, seorang pelabur yang bijak mahu mengurangkan risiko dan mempelbagaikan lagi portfolio pelaburan mereka, walaupun tatkala pandemik.

Apakah ekonomi disebalik naik turun harga emas emas?

Secara mudahnya, konsep paling asas dalam bidang ekonomi adalah pengurangan. Kita tinggal di dunia yang mempunyai sumber yang terhad untuk memenuhi permintaan yang tidak terhad penduduk dunia. Sistem pasaran pula didorong oleh penawaran dan permintaan. Apabila berlaku permintaan emas yang tingggi oleh pasaran dunia, harga emas secara automatiknya akan meningkat atas faktor permintaan melebihi pengeluaran. Ini kerana emas adalah logam berharga yang tidak boleh dicipta menjadikannya sebagai satu sumber mineral yang terhad.

Mengapa harga emas naik mencanak pada tahun lalu?

Baik, seperti yang diterangkan sebelum ini, permintaan terhadap emas meningkat apabila berlakunya sebarang ketidakstabilan. Maka, Covid-19 yang melanda dunia merupakan salah satu punca yang jelas mengapa harga emas naik secara mendadak. Selain pandemik Covid-19, ada satu lagi peristiwa yang terjadi pada tahun lalu yang mengakibatkan US Dollar tidak stabil. Pilihanraya Presiden US yang dimenangi oleh Joe Biden, mengalahkan Donald Trump merupakan punca lain bagi ketidakstabilan ini.

Pertamanya, amat jarang sekali seorang Presiden tewas di pertengahan penggal. Kali terakhir ia berlaku pada tahun 1992 apabila George H.W Bush tewas kepada Bill Clinton.

Keduanya, sudah tentu sekali keadaan ini menimbulkan ketidakpastian tentang dasar-dasar baru terkait monetari bagi Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia terhadap pasaran.

Apa pula kaitan penemuan vaksin dengan penurunan harga emas?

Punca harga emas naik itu disebabkan ancaman COVID-19 yang telah menjejaskan ekonomi seluruh dunia dan orang ramai tidak berani untuk melabur di dalam pelaburan lain. Ini menyebabkan pelabur memilih emas sebagai aset selamat.

Namun apabila berita vaksin COVID-19 telah dijumpai tersebar, ia dilihat sedikit sebanyak mengurangkan risiko ancaman COVID-19 dengan pakar ekonomi dan pelaburan berpendapat ekonomi dunia akan kembali pulih. Emas, yang mencatatkan kenaikan tahunan tertingginya dalam sedekad tahun lalu, merosot lebih enam peratus setakat tahun ini di tengah-tengah keyakinan terhadap pertumbuhan, yang dicetuskan oleh jangkaan kemajuan vaksinasi dan lebih banyak bantuan ekonomi.

Kemajuan proses vaksinasi di seluruh dunia dan data pasaran di US yang kembali optimis telah menaikan harapan para pelabur untuk pemulihan ekonomi yang pesat. US Dollar yang akan kembali menjadi bernilai tinggi dan risiko penurunan harga emas akan meningkat .Justeru, dalam situasi ini pelaburan emas dilihat tidak lagi menjadi keutamaan kepada pelabur.

Sekarang ini, sesuai tak untuk mula membeli emas?

Terdapat banyak pilihan kepada pelabur untuk membuat pelaburan emas. Seperti pelaburan-pelaburan yang lain, membeli emas tanpa kajian pelaburan akan mempunyai risiko, kerana nilai emas masih lagi dianggap tidak stabil. Bagi pelabur biasa, cubalah memilih variasi pelaburan emas seperti Kontrak CFD, ETF, Saham Emas, wang kertas emas ataupun emas fizikal di kedai-kedai emas.

Bagi pelaburan untuk tempoh jangka panjang, emas turut menunjukkan trend positif sejak 20 tahun lalu. Pulangan bagi pelaburan emas juga adalah lebih stabil dan tidak bersifat spekulatif sebagaimana pasaran saham.

Pada ketika ini harga emas berlegar dalam lingkungan US$50 (RM201.85) untuk 1 auns yang mana ia dianggap tahap kurang memberangsangkan atau ‘mini bearish’. Trend ini berada pada unjuran menurun tetapi dari segi jangka masa, ia perlu melihat daripada beberapa faktor seperti kestabilan keadaan ekonomi global.

Baca kisah emas yang kami pernah terbitkan di bawah ini:

Harga Emas Jatuh Selepas Russia Umum Temui Vaksin COVID-19

Kedai Emas Diserbu Wanita Malaysia Selepas PKP. Ini Sebabnya