Tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela akan dibuka kepada penduduk Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Johor bermula pada 23 Mei 2021.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, memaklumkan pemberian vaksin kali ini akan memfokuskan kepada penerima berusia 60 tahun ke atas, disamping baki pemohon di dalam senarai menunggu fasa pertama. Pemilihan lima negeri ini adalah berdasarkan jumlah kes Covid-19 tertinggi yang dicatatkan saban hari.
The next AstraZeneca opt in will open on 23 May and will only be available to above 60s in Selangor, KL, Penang, Sarawak & Johor where cases are highest. Bookings via website & community clinic outreach. AZ will also be sent to elderly care homes.
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) May 17, 2021
Sebanyak 1 juta dos vaksin AstraZeneca akan diterima oleh Malaysia bagi tujuan tersebut. Sebelum ini, tersebar makluman Whatsapp palsu yang menyatakan pendaftaran sukarela bagi fasa kedua telahpun dibuka. Perkara ini dinafikan oleh pihak JKJAV di laman Twitter rasmi mereka.
Terdapat mesej PALSU di media sosial menyatakan tempahan vaksin AstraZeneca telah dibuka untuk semua di Malaysia.https://t.co/otB1hQdOBp adalah pautan untuk pendaftaran PICK yang sedia ada.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/63jTDVQ1Ri
— Vaksin COVID-19 π²πΎ (@JKJAVMY) May 17, 2021
Sehingga 16 Mei 2021, seramai 10,182,880 rakyat Malaysia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin, dengan peratusan sekitar 42 peratus berbanding keseluruhan.