Keempat-empat siri iPhone 12 iaitu 12, 12 Mini, 12 Pro dan 12 Pro Max dilihat terus mendominasi jualan Apple di Amerika Syarikat bagi suku tahun pertama tahun ini. Menurut penyelidikan Consumer Intelligence Research Partners yang dilaporkan oleh Gizmochina, jumlah ini merangkumi sebanyak 61 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Apple di Amerika Syarikat.

Jualan tertinggi bagi empat model ini dicatatkan oleh iPhone 12 berwarna vanila. Jualan ini sebenarnya bertepatan dengan jangkaan oleh Ming-Chi Kuo, penganalisa pasaran Apple yang mengunjurkan pengeluaran kesemua model iPhone 12 baharu ini adalah sebanyak 20 peratus, manakala iPhone 12 vanila akan menguasai bakinya. Jangkaan beliau sejak Oktober 2020 lagi tentang jualan iPhone 12 Mini juga tepat dengan model tersebut paling kurang mendapat sambutan di Amerika Syarikat.

Bagi model telefon Apple tunggal pula, iPhone 11 masih mengungguli jualan berbanding keempat-empat model iPhone 12, iPhone XR dan juga iPhone SE.

 

Sumber: