Pada fasa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia diumumkan Perdana Menteri, hari ini 31 Mac 2020 merupakan tarikh akhir PKP.

Tetapi malangnya PKP terpaksa dilanjutkan lagi 14 hari sehingga 14 April 2020 kerana terdapat sebilangan besar masyarakat yang tidak patuh kepada arahan pihak berkuasa.

Pagi tadi, ketika pihak polis dan anggota tentera sedang bertugas melakukan sekatan jalan raya OP COVID di Persiaran Surian berhampiran Kota Damansara, seorang wanita telah mengherdik anggota keselamatan dengan kata-kata kesat.

“Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!”

Kejadian tersebut disaksikan sendiri oleh wartawan MalaysiaGazette yang berada di lokasi itu.

Insiden mengejutkan itu berlaku kira-kira 9.30 pagi sebaik sahaja wanita itu tiba di rumahnya selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berikutan operasi besasr-besar pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya terhadap orang ramai yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setengah Jam Tekan Hon

Wanita yang tinggal apartmen betul-betul bersebelahan sekatan jalan raya dijalankan menaiki kenderaan Proton X70 berwarna putih juga membunyikan hon kereta hampir setengah jam ketika cuba mencari jalan keluar dari kesesakan ke rumahnya.

Sebaik berjaya tiba di perkarangan kediamannya beliau memberhentikan kereta di hadapan pintu masuk apartmen sebelum menurunkan cermin pintu pemandu dan menjerit ”Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk menyusahkan orang”.

sekatan-jalan-op-covid

Selepas 10 minit hilang dari pandangan, wanita itu muncul semula dan dilihat berjalan ke arah polis dilihat memberi penjelasan serta rasa tidak puas hati terhadsap sekatan jalan raya yang didakwa menyusahkan beliau untuk membeli barang keperluan rumah.

Namun anggota polis yang bertugas meminta kad pengenalan beliau dan terus bertindak menahannya serta diarah duduk di bawah khemah yang disediakan untuk para petugas sekatan jalan raya.

Setengah jam kemudian beliau dibawa ke balai polis Damansara untuk tindakan siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 7(b) dan Akta 342.

Sumber: