Gara-gara berang kerana dicerai oleh duda anak lima, seorang wanita di Rusia bertindak membalas dendam dengan bercinta sebelum kahwin dengan anak tiri beliau.

Ketika usianya 22 tahun, Marina Balmasheva, telah berkahwin dengan seorang duda berusia 35 tahun bernama Alexey yang mempunyai lima orang anak. Salah seorangnya merupakan budak lelaki bernama Vladimir.

Ketika bapanya berkahwin dengan Marina, Vladimir berusia 7 tahun.

Perkahwinan Marina dengan Alexey bertahan selama 10 tahun sebelum mereka berdua bercerai. Difahamkan perceraian tersebut berpunca daripada kesilapan Alexey sendiri yang curang.

Berang dengan tindakan curang bekas suaminya, Marina bertindak menghubungi semula anak tirinya, Vladimir. Bukan sebagai bekas ibu tiri, sebaliknya sebagai kekasih.

Ketika ditemuramah oleh media Russia, Marina berkata:

“Anda tak tahu takdir hidup anda dan dengan siapa anda akan bercinta. Saya tahu akan ada orang akan pandang serong saya dan Vladimir, tapi kami gembira. Kami berdoa anda semua gembira juga.”

Menurut Marina, mereka berdua saling mencintai satu sama lain dan merancang untuk membesarkan tiga daripada empat adik Vladimir.

Menurut laporan media, adik bongsu Vladimir yang mempunyai sindrom Down’s akan terus tinggal dengan bapanya.

Marina turut memberitahu beliau mahu mendapat anak baru dengan Vladimir.

Reaksi netizen di Rusia terhadap kisah Marina kahwin dengan bekas anak tiri beliau sememangnya sudah dijangka tidak elok.

Post Marina di Instagram yang memuat naik gambarnya dengan Vladimir ketika kekasihnya berusia 7 tahun mengundang kecaman yang banyak. Dalam post tersebut, Marina membuat perbandingan ‘sebelum dan selepas’ gambarnya dengan Vladimir dalam jangka masa 13 tahun.

Ramai netizen ‘membawang’ dengan berkata hubungan mereka walaupun sah di sisi undang-undang, sebenarnya tidak bermoral. Ramai juga yang mengkritik Marina kerana ‘meninggalkan orang tua untuk orang muda’.

Baca juga artikel kami lain yang berkaitan:

Sumber: