Salah satu perkara yang sebelum ini kerap dipersoalkan oleh ramai pihak adalah; Kenapa larian obor sukan olimpik tak pernah dimulakan oleh wanita?
Namun sekarang, sejarah itu sudah berubah. Pemenang emas Olimpik Rio, Anna Korakaki di akan menjadi pelari obor yang pertama untuk temasya Sukan Olimpik 2020.
Perkara itu diumumkan oleh jawatankuasa Olimpik di Greece, di mana Korakaki akan bermula, seperti tradisi kebiasaan, dari Olimpia, Greece. Tempat yang menjadi asal kepada Sukan Olimpik.
Anna Korakaki akan memulakan larian pada 12 Mac ini.
Greece's Anna Korakaki will be the first woman ever to start the Olympic torch relay following the flame-lighting ceremony in Ancient Olympia.
She won Olympic gold in the 25m pistol as well as a bronze medal in the 10m air pistol at the Rio Games in 2016. pic.twitter.com/BGpyach37K
— NBC Olympics & Paralympics (@NBCOlympics) February 7, 2020
Spyros Capralos, Presiden Olimpik Greek menganggap ia sebagai momen bersejarah.
Sebagai info tambahan, Anna Korakaki merupakan atlet yang mewakili Greece sejak 2010 lagi. Beliau berjaya menjuarai emas pada temasya di Rio 2016.
Anna Korakaki gembira dengan pemilihannya dan berkata: “Ianya satu penghormatan kepada saya. Saya sangat terharu dan agak gemuruh selepas detik di Olimpia.”
“Saya tak sabar untuk menikmati momen tersebut. Dan saya yakin ianya akan kekal abadi dalam fikiran saya buat selama – lamanya.”
Korakaki akan menyerahkan baton kepada pelari marathon Jepun iaitu Mizuki Noguchi. Pemenang emas acara marathon wanita di Olimpik Athens 2004.