Ais atau syabu adalah nama panggilan (street name) sejenis dadah tiruan (designer drug) yang istilah saintifiknya dipanggil ‘d-Methamphetamine hydrochloride’.

Perkataan syabu sebenarnya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina. Nama ‘syabu’ tersebut mula popular apabila ia tersebar ke Sabah hasil kerja pengedar dadah yang mendapat bekalan dari Filipina.

Antara nama-nama lain yang digunakan untuk merujuk ais atau syabu di pasaran adalah glass, speed, crank, crystal meth, hiropong dan batu.

Asal-usul syabu

Syabu bukanlah dadah baru. Ia dicipta daripada sejenis bahan kimia bernama amphetamine yang dicipta oleh saintis Jepun yang belajar di Jerman, Nagai Nagayoshi pada 1885. Tujuannya adalah sebagai pengganti sintetik ubat ekstrak dari pokok ephedra yang digunakan untuk merawat asma, narkolepsi dan menurunkan berat badan.

Pada tahun 1919, seorang lagi saintis Jepun, Akira Ogata, memperhalusi lagi proses pembuatan amphetamine supaya ia lebih mudah dihasilkan. Ogata menggunakan fosforus dan iodin untuk memekatkan ephedrine sehingga menjadi ketulan kristal yang dikenali sebagai ais di Malaysia sehingga kini.

Sejarah pertama penyalahgunaan syabu

Syabu kali pertama digunakan secara salah oleh Jepun semasa kemuncak Perang Dunia Kedua. Menyedari syabu mampu membuatkan penggunanya jadi tak takut, Jepun menyuntik dos yang tinggi ke badan juruterbang pesawat pejuang mereka sebelum menjalankan misi Kamikaze.

Selepas kalah Perang Dunia Kedua, penyalahgunaan syabu berterusan. Kali ini, ia digunakan untuk merawat kemurungan bekas-bekas tentera Jepun. Malah orang awam turut menggunakannya secara meluas supaya mereka boleh bekerja untuk jangka masa yang lama tanpa tidur.

Penggunaan syabu dalam kalangan orang awam ini tersebar sehingga ke Amerika Syarikat bermula pada era awal 60-an.

Pengedar utama syabu di Amerika Syarikat pada ketika itu adalah geng samseng bermotosikal besar. Pelanggan sasaran utama mereka adalah orang luar bandar yang ketagih dadah, tapi tak mampu membeli kokain Amerika Selatan yang sangat mahal.

Apabila satu demi satu empayar kokain di Amerika Selatan mula runtuh pada era lewat 80-an, kartel dadah Mexico yang bertanggungjawab mengedar kokain ke Amerika Syarikat tiba-tiba keputusan bekalan. Untuk memenuhi permintaan, mereka beralih kepada syabu pula.

Ketika inilah wabak penyalahgunaan syabu mula menyerang Amerika Syarikat. Kaedah penghasilan syabu oleh kartel dadah Mexico ini kemudiannya tersebar luas ke seluruh dunia, termasuk Asia.

Rupa bentuk syabu di pasaran

Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya yang halus. Tetapi sejak populariti siri TV Breaking Bad yang mendakwa syabu berwarna biru lebih ‘power’, sudah mula ada syabu berwarna biru muda dijual di pasaran.

Untuk menggunakan syabu, penagih biasanya akan membakar hablur ini sehingga menjadi cecair dan asap. Asapnya akan disedut seperti rokok. Tetapi penagih yang betul-betul kronik akan menyuntik terus cecair ini ke dalam badan.

Harga semasa 100mg peket syabu ketika ini adalah kira-kira RM50-60.

Kesan-kesan awal syabu / ais kepada penagih

Mengesan tanda-tanda penagih syabu atau ais penting dalam langkah pertama membantu mereka mendapatkan rawatan. Melainkan anda banyak tengok siri TV, filem jenayah dari Amerika Syarikat atau pernah terjumpa sendiri penagih hisap syabu atau ais, anda mungkin sukar mengesan tanda-tanda mereka menggunakan bahan terlarang itu.

Antara tanda-tanda awal penagih syabu atau ais adalah:

1. Tiba-tiba mempunyai tahap keyakinan yang tinggi

Pada peringkat awal, mereka akan menjadi sangat ramah. Orang yang tidak kenal mereka pun boleh jadi kawan untuk pertemuan kali pertama. Mereka akan galak bersembang. Riak muka mereka nampak ceria dan gembira. Namun ianya hanya untuk seketika.

2. Tiba-tiba jadi aktif dan peka

Antara tanda orang yang baru hisap ais adalah mereka tiba-tiba jadi aktif secara fizikal dan peka. Sebab itulah ais kerap digunakan oleh sesetengah pemandu lori, bas yang perlu membuat perjalanan jauh.

3. Tidak boleh tidur

Ais mempunyai bahan stimulan yang membolehkan penggunanya tak tidur lebih daripada 24 jam. Ini juga menjadi sebab utama kenapa dadah ini kerap digunakan oleh orang yang perlu bekerja/belajar sepanjang malam.

5. Hilang selera makan dan turun berat badan

Ais juga boleh menyebabkan penggunanya hilang selera makan sampai badan jadi cengkung. Sebab itulah pada zaman dahulu kala, dadah ini digunakan sebagai ubat untuk menurunkan berat badan.

Kesan-kesan jangka masa panjang syabu / ais kepada penagih

1. Selepas yakin, tiba-tiba resah

Selepas menjadi orang yang paling yakin di dunia, mereka kemudiannya akan bertukar kepada orang yang sangat resah. Nafas mereka menjadi tercungap-cungap. Mata mereka jadi liar. Buka kipas dengan kelajuan paling tinggi pun boleh membuatkan mereka berpeluh.

2. Emosi tak stabil

Penagih syabu kerap mengalami emosi yang  tidak stabil. Mereka boleh mengamuk tak tentu pasal ataupun boleh jadi terlalu sedih secara tiba-tiba. Perubahan emosi mereka sangat ekstrim, dari gembira ke sedih ke marah dalam masa yang singkat.

3. Suka kopek kulit

Penagih syabu biasanya boleh dikesan melalui rupa kulit mereka yang berkuping-kuping dan mempunyai luka yang bertompok-tompok. Ini kerana apabila badan mereka mengesan pengurangan dos, mereka akan menggaru-garu kulit badan dan kepala kerana rasa macam ada ulat/serangga yang merayap di bawah kulit mereka.

Before and After Drugs (Meth)
Before and After Drugs (Meth) via Rehabs.com

4. Gigi rosak

Salah satu tanda jelas orang yang suka hisap ais adalah keadaan gigi mereka yang teruk. Mereka akan kerap mengisar-ngisar gigi mereka sehingga permukaan gigi menjadi rata. Gigi mereka biasanya berwarna hitam dan berlubang-lubang kerana bahan kimia dalam ais membuatkan gigi menjadi reput.

Bahan kimia dalam ais membuatkan gigi penagih mereput. Penagih biasanya tak rasa kesakitan gigi mereka kerana ais membuatkan rasa sakit itu kebas.
Ais juga membuatkan penagih suka mengisar-ngisar gigi sehingga permukaan gigi menjadi rata.

5. Berhalusinasi

6. Ketagih dengan syabu / ais

7. Tidur berhari-hari

Apabila penagih syabu sudah lama tak dapat bekalan, badan mereka akan shut down akibat ketiadaan dos dan selepas 24 jam tidak tidur. Biasanya mereka akan tidur lama (1-3 hari) sampai kita ingatkan mereka dah mati. Tapi sebenarnya tak.

Contoh perubahan fizikal yang dialami oleh penagih syabu / ais

Baca juga artikel lain yang berkaitan: