Pulau Mabul wajib berada dalam senarai anda jika anda sedang merancang percutian ke lokasi fotografi-makro secantik Maldives dan Bora Bora.
Pulau yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi yang tidak jauh dari pantai Sabah dikelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter.
Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi negeri Sabah.
Ketika artikel ini ditulis, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin baru sahaja mengumumkan penggantian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.
PKPP antara lain membenarkan pergerakan rentas negeri selain beberapa aktiviti yang dilarang ketika PKPB akan dibenarkan.
“Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD,” katanya dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.
Ini bermakna aktiviti pelancongan domestik akan boleh mula dilakukan.
“Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan,” kata Muhyiddin.
“Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu setelah hampir tiga bulan tidak ke mana-mana.
Cara pergi ke Pulau Mabul
Di Semporna tidak ada lapangan terbang. Oleh itu, pengunjung perlu menempah tiket ke Tawau dan menguruskan pengangkutan dari Tawau ke Semporna. Dari Semporna, anda perlu menaiki bot untuk pergi ke Pulau Mabul.
Perjalanan menaiki bot mengambil masa selama 30 minit dari Semporna manakala 20 minit dari Pulau Sipadan.
Aktiviti di Pulau Mabul
Menyelam skuba adalah aktiviti utama di pulau ini dan boleh dijalankan sepanjang tahun. Terdapat lebih dari lapan tapak selaman yang popular di sini di mana setiap satu dengan kelebihannya yang tersendiri.
Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, ‘pipefish’ dan belut ular.
Aktiviti percutian di Pulau Mabul sering bergantung kepada resort yang pengunjung pilih untuk menginap. Pulau Mabul menyediakan chalet pantai murah, sederhana murah sehinggalah banglo yang mahal dan mewah.
Banglo yang dibina di atas perairan cetek mengingatkan gaya kehidupan santai Maldives. Antara aktiviti yang boleh dilakukan merangkumi snorkeling, kayak laut, bola tampar pantai serta berehat di kolam renang atau jakuzi.
Hotel & resort popular di Pulau Mabul
3. Spheredivers Homestay & Scuba Diving
5. Scuba Junkie Mabul Beach Resort
6. Uncle Chang’s Sipadan Mabul Dive Lodge
9. Sipadan Water Village Resort Mabul Island
Bajet (anggaran)
RM1,050 untuk seorang dewasa (berumur 9 tahun ke atas) selama 3 hari 2 malam (tak termasuk kos tiket penerbangan).
RM950 untuk seorang kanak-kanak (berumur 9 tahun ke bawah) selama 3 hari 2 malam (tak termasuk kos tiket penerbangan).