Angkasawan pertama negara tidak pernah merasa kekok apabila mengambil keputusan untuk menghantar sendiri makanan kepada pelanggan yang memesan makanan di restoran yang diusahakannya.
Menerusi kemaskini di akaun Instagramnya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menyatakan sejak menjalankan perniagaan restoran bersama cef terkenal, Datuk Ismail Ahmad itu dibuka minggu lalu, beliau memutuskan untuk jadi penghantar makanan secara peribadi kepada pelanggan.
“Kami mula buka semula (restoran) minggu lalu semasa Perintah) Kawalan Pergerakan (PKP) dan saya secara peribadi, mahu turut serta menghantar makanan.
“Memang best,” tulisnya di Instagram miliknya semalam.
Dalam posting di Instagram itu juga, Datuk Dr Sheikh Muszaphar turut memuat naik gambarnya tersenyum di atas motosikal sambil membawa beg penghantaran makanan berwarna jingga.
Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga berkongsi bahawa beliau adalah salah seorang pemilik restoran Rebung Cef Ismail bersama Cef Ismail.
Restoran Rebung merupakan restoran terkenal di Kuala Lumpur yang menyediakan masakan Melayu asli.
Mengimbau kembali detik pembukaan restoran itu, Dr Sheikh Muszaphar pernah pergi ke Pasar Borong Selayang pada jam 4 pagi untuk membeli makanan laut segar setiap hari selama enam bulan pertama semasa kami memulakan perniagaan.
“Saya teringat mengirim lemang, rendang, dan dodol pada waktu pagi raya sejak dua tahun yang lalu,” katanya.
Sementara itu, para peminatnya turut berkongsi kegembiraan dan keenakannya hidangan di restoran tersebut.
Kata Suziana, “Minggu lalu rakan sekerja belanja makan lauk daging masak cili api. Pertama kali makan, memang sedap!”
Baca juga artikel-artikel menarik yang lain di bawah: