Menjelang bulan Ramadhan, pasti anda sedang berazam untuk memperbanyakkan amal ibadah seperti mahu khatam Al-Quran dalam masa sebulan. Masakan tidak, pada bulan Ramadan inilah Allah akan menggandakan pahala amalan kita.
Lagipun bila kali terakhir kita khatam Al-Quran kan?
Bulan Ramadan banyak kelebihannya kerana ia bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT.
Allah SWT telah memilih bulan Ramadan untuk beberapa peristiwa besar seperti peristiwa penurunan al-Quran (nuzul al-Quran), pembukaan kota Mekah (Fath Makkah), pembukaan kota Andalusia dan lain-lain.
Disamping itu juga, Allah SWT telah mengkhususkan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan di dalamnya iaitu malam al-Qadr (Lailatul Qadr).
Antara kelebihan yang Allah SWT beri kalau kita baca Al-Quran pada bulan Ramadan adalah:
1. Diampunkan dosa-dosa kita yang lepas
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيْمَا نًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa beribadah (menghidupkan) bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Beri syafaat kepada kita
Rasulullah SAW bersabda:
اَلصُّيَامُ وَاْلقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ يَقُوْلُ اَلصِّيَامُ
أيْ رَبِّ مَنَعْتُهُُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتَ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِى فَيْهِ
وَيَقُوْلُ اْلقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِالَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيْهِ قَالَ فَيُشَفِّعَانِ
“Puasa dan Al-Qur’an akan memberikan syafaat seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: “Ya Rabbi, aku mencegahnya dari makan dan minum di siang hari”, ِAl-Qur’ an juga berkata: “Aku mencegahnya dari tidur dimalam hari, maka kami mohon syafaat buat dia.” Beliau bersabda: “Maka keduanya dibolehkan memberi syafaat.” (Riwayat Ahmad)
Jadi sempena bulan Ramadan, kami ingin kongsikan tips mudah yang diberikan oleh En. Aizuddin Hamid untuk anda dapat khatam Al-Quran dalam masa sebulan pada tahun ini.
Jadual Khatam Al-Quran 2020 Sekurang-kurangnya Satu Kali Dalam Ramadan (purata 20 ms/sehari)
1 HINGGA 10 RAMADAN (JUZ 1-10)
23 Apr (selepas Maghrib) – ms1 hingga ms10
24 Apr – ms11 hingga ms30
25 Apr – ms31 hingga ms50
26 Apr – ms51 hingga ms70
27 Apr – ms71 hingga ms90
28 Apr – ms91 hingga ms110
29 Apr – ms111 hingga ms130
30 Apr – ms131 hingga ms150
1 Mei – ms151 hingga ms170
2 Mei – ms171 hingga ms190
3 Mei – ms191 hingga ms210
11 HINGGA 20 RAMADAN (JUZ 11-20)
4 Mei – ms211 hingga ms230
5 Mei – ms231 hingga ms250
6 Mei – ms251 hingga ms270
7 Mei – ms271 hingga ms290
8 Mei – ms291 hingga ms310
9 Mei – ms311 hingga ms330
10 Mei – ms331 hingga ms350
11 Mei – ms351 hingga ms370
12 Mei – ms371 hingga ms390
13 Mei – ms391 hingga ms410
21 HINGGA 30 RAMADAN (JUZ 21-30)
14 Mei – ms411 hingga ms430
15 Mei – ms431 hingga ms450
16 Mei – ms451 hingga ms470
17 Mei – ms471 hingga ms490
18 Mei – ms491 hingga ms510
19 Mei – ms511 hingga ms530
20 Mei – ms531 hingga ms550
21 Mei – ms551 hingga ms570
22 Mei – ms571 hingga ms590
23 Mei (sebelum Maghrib) – ms591 hingga ms604
Selamat mencuba dan selamat berjaya!