Wabak COVID-19 yang sedang menular dengan pantas ketika ini memaksa banyak negara di seluruh dunia untuk melaksanakan ‘lockdown’, atau di negara kita ianya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Situasi ini juga pernah berlaku di Kota London pada tahun 1665 akibat penularan wabak ‘The Black Death’ atau juga dikenali sebagai ‘The Great Plague of London’.

Pada waktu itu, wabak penyakit tersebut telah meragut hampir 100,000 nyawa di negara England.

Isaac Newton yang ketika itu merupakan pelajar di Universiti Cambridge juga tidak terkecuali daripada arahan untuk mengosongkan kolej dan duduk di rumah.

Untuk memanfaatkan masa yang ada sepanjang perintah berkurung di rumah, Isaac Newton yang berusia 24 tahun pada ketika itu menyediakan sebuah bilik khas yang dilengkapi dengan rak-rak buku, serta nota-nota kajiannya.

isaac-newton-year-of-wonders

Tahun-Tahun Keagungan

Isaac Newton mendapati dirinya lebih mudah fokus terhadap kajian yang dilakukan kerana tiada lagi aktiviti harian yang tidak produktif dan mengganggu konsentrasinya.

Dalam masa 2 tahun beliau berjaya membina kalkulus, teori warna, serta teori graviti sejagat. Oleh sebab itu ianya dikenali sebagai tahun-tahun keagungan (year of wonders) buatnya.

Selepas tamatnya penularan wabak Black Death di Eropah, Newton kembali ke Cambridge dan menamatkan pengajiannya di sana. Beliau kemudiannya dilantik menjadi felo sebelum akhirnya menjadi professor.

3 kajian yang terhasil semasa berkurung di rumah merupakan asas kepada banyak penemuan saintifik Isaac Newton yang sangat bersejarah dan mengubah ketamadunan manusia.

Baca juga artikel lain berkaitan Coronavirus: