Menerusi inisiatif pembangunan pembelajaran digital jangka panjang yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2021, 150,000 peranti dijanjikan akan diagihkan pada awal tahun ini. Inisiatif yang diberi nama sebagai CERDIK ini dikendalikan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan yang bertujuan merapatkan jurang pembelajaran digital bagi sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Ia merupakan satu inisiatif bersifat jangka panjang yang menyediakan akses digital untuk pendidikan dan merangkumi dua komponen utama, iaitu akses kepada peranti dan kesalinghubungan data.

Menurut Yayasan Hasanah, sekretariat yang dilantik oleh kerajaan bagi menerajui inisiatif CERDIK, sebanyak 13,000 peranti telah diedarkan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) kepada Pejabat Pendidikan Daerah di beberapa negeri. Yayasan Hasanah turut memaklumkan bahawa inisiatif CERDIK menyasarkan sekurang-kurangnya 50,000 pelajar menerima peranti hujung Mei ini.

Pemberian peranti ini dilihat bertepatan dengan laporan beberapa buah sekolah mula ditutup semula di Selangor dan di seluruh negeri Sarawak. Peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan sejak beberapa minggu ini menyebabkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kembali diaktifkan lantas memerlukan kepada peranti yang bersesuaian.

Sumber: