Ketika laporan berita ini ditulis, angka kematian akibat COVID-19 di Sweden telah mencapai 2,021 orang.

Sungguhpun begitu, negara tempat lahirnya IKEA itu masih enggan jalani ‘lockdown’ ataupun sekatan pergerakan seperti yang dilakukan oleh negara-negara Eropah yang lain.

Dalam usaha menangani penularan wabak pandemik COVID-19, Sweden yakin kebebasan yang diberikan kepada rakyat untuk menjalani kehidupan seperti biasa akan membuatkan sistem imunisasi dalam tubuh mereka beradaptasi terhadap virus berkenaan.

Imuniti kelompok atau Herd Immunity merupakan keadaan di mana agen jangkitan tidak dapat memasuki atau menyebar dalam kalangan suatu kelompok masyarakat. – REUTERS

Portal CNBC melaporkan pendekatan berbeza yang diambil Sweden sudah menunjukkan ‘keberkesanan’ dan Ketua Epidemiologi Sweden, Dr. Anders Tegnell turut mendakwa mereka akan dapat mencapai imuniti kelompok di bandar Stockholm dalam masa beberapa minggu akan datang.

“Di bahagian utama di Sweden khususnya sekitar Stockholm, kita telah melandaikan jangkitan (dalam kes-kes baharu) dan kita sudah melihat kesan imuniti kelompok. Dalam beberapa minggu lagi kita akan melihat lebih banyak kesan tersebut.

“Keadaan di seluruh negara juga stabil,” katanya memetik portal tersebut pada Selasa.

Imuniti kelompok atau Herd Immunity merupakan keadaan di mana agen jangkitan tidak dapat memasuki atau menyebar dalam kalangan suatu kelompok masyarakat.

Ia kerana sebahagian besar daripada anggota masyarakat tersebut mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut.

Imuniti kelompok, yang kebiasaannya dicapai melalui vaksinasi – akan dianggap mencapai kekebalan apabila ia mencecah 60 peratus dalam kalangan penduduk.

Bagaimanapun, Sweden merekodkan 16,755 kes positif COVID-19 manakala 2,021 orang sudahpun meninggal dunia, dengan purata pertambahan 751 kes baharu setiap hari.

Jika anda peminat bola sepak anda pasti kenal dengan Zlatan Ibrahimovic, bekas pemain pasukan kebangsaan Sweden yang terkenal dengan ‘memes‘ luar biasa di media sosial.

Baca juga artikel menarik kami yang lain: