Sejumlah 1 juta pekerja dalam sektor pelancongan di negara ini berkemungkinan hilang pekerjaan mereka tahun ini kerana penularan wabak pandemik COVID-19 yang memberi kesan besar kepada perkembangan ekonomi dunia.

Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, berkata industri pelancongan telah mencatat kerugian sehingga RM20 bilion dalam suku pertama tahun ini.

Beliau turut menzahirkan kerisauan dengan perkembangan yang disifatkannya sebagai ‘menakutkan’.

datuk-seri-nancy
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri – Foto AWANI

Ketika sesi temu bual bersama Astro Awani pada Jumaat lalu, Datuk Seri Nancy menyatakan berdasarkan data kementerian, kira-kira 17 ribu pemandu pelancong termasuk dalam kategori ini.

Dalam merangka tindakan dan strategi susulan untuk berhadapan dengan krisis ini, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menerusi Jawatankuasa Tindakan Pemulihan Pelancongan (TRAC) telah mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi kerajaan yang terbabit.

Antara rancangan pemulihan yang digariskan termasuk memperkenalkan inisiatif berteraskan pendigitalan komunikasi seperti program latihan pelancongan secara atas talian, Virtual Advisory Clinic bagi penggiat industri pelancongan, kelas muzik, tarian atas talian, pameran maya, serta menyediakan platform e-pemasaran seperti e-Kraf Bazar dan juga GoGallery.My.

Kementeriannya turut menimbang cadangan untuk memberi beberapa pengecualian cukai kepada syarikat pemandu pelancongan.

“Selain itu, dalam pertemuan dengan Menteri Kewangan pada 31 Mac lalu, saya telah menyampaikan hasrat dan cadangan kementerian dan para penggiat industri supaya dimasukkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan.

Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong memberi jaminan bahawa penuntut Sarawak yang masih berada di universiti masing-masing di Semenanjung susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan pulang ke kediaman atau kampung halaman mereka sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kita sedang mengatur proses perjalanan membabitkan lebih 6,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di sini bagi mengelakkan mereka transit di beberapa lokasi,” katanya lagi.

Baca juga artikel lain berkaitan impak COVID-19 kepada ekonomi dunia:

Sumber: