Pihak berkuasa di Hubei, provinsi China telah mengumumkan bahawa jumlah kematian kerana wabak koronavirus itu meningkat kepada 204 orang pada Jumaat.

Peningkatan yang drastik itu telah menimbulkan kebimbangan yang lebih tinggi. Dan perkara itu mendapat perhatian serius daripada organisasi kesihatan global iaitu Pertubuhan Kesihatan Sedunia ataupun WHO.

WHO, pada Khamis, telah mengisytiharkan darurat untuk wabak global ini, kerana kes koronavirus telah merebak ke sekurang-kurangnya 18 negara di dunia.

Di China sahaja, jumlah kematian kini, sekurang-kurangnya 212.

Terdapat 1,220 kes lagi yang dikesan di Hubei menjelang 30 Januari, menjadikan angka mereka yang dijangkiti koronavirus di wilayah itu sahaja sehingga hampir 6,000, menurut Suruhanjaya Kesihatan Hubei.

Hampir 100 kes telah disahkan di negara lain. Ia telah membawa kepada pelbagai langkah sekatan ke atas perjalanan keluar dan masuk warga China.

Permintaan untuk topeng muka juga meningkat dengan sangat tinggi. Dan banyak tempat yang terkesan dengan wabak ini, topeng muka sudah habis dijual.

Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO, memuji langkah pro aktif oleh China dalam sidang akhbar di Geneva pada petang Khamis.

Namun WHO amat risau dengan beberapa lagi negara yang tidak begitu cakna cara dan kekurangan sumber dalam menangani wabak ini.

Beberapa pertimnbangan mereka lakukan sebelum mengisytiharkan darurat ini.

“Sebab utama pengisytiharan ini bukan kerana apa yang sedang berlaku di China tetapi kerana apa yang sedang berlaku di negara-negara lain.”

“Kebimbangan paling utama kami adalah potensi virus itu tersebar ke negara-negara yang lemah sistem kesihatan,” katanya.

WHO juga menggariskan beberapa langkah pencegahan yang lebih ketat dan berkongsi lebih banyak informasi serta garis panduan kepada semua negara.

Juruterbang, dan petugas penerbangan telah menuntut penerbangan ke China dihentikan kerana takut dengan virus tersebut yang kian tersebar ke seluruh dunia.