Sebagai salah satu daripada video-video viral terawal, klip video bertajuk Charlie Bit My Finger mempunyai tempatnya yang tersendiri dalam sejarah. Video tersebut dimiliki oleh keluarga Davies-Carr yang menampilkan Charlie, seorang bayi menggigit jari abangnya Harry berulang kali.

Selepas dibida oleh beberapa pembeli sebagai Non-Fungible Token (NFT), video tersebut akhirnya terjual dengan nilai RM3.1 juta. NFT merupakan satu bentuk aset digital yang semakin popular akhir-akhir ini. Ia merupakan satu perakuan ketulenan berbentuk digital yang unik bagi membuktikan pemilikan terhadap gambar, video ataupun lain-lain aset digital.

Sejak dimuat naik pada tahun 2007, klip video tersebut memiliki sejumlah 883 juta tontonan. Klip tersebut sepatutnya akan diturunkan dari YouTube mulai 23 Mei 2021 selepas ianya terjual, namun setakat ini masih boleh ditonton.

https://youtu.be/_OBlgSz8sSM

Sumber:
Featured Image, HypeBeast, Yahoo! Finance, BBC