Dalam usaha untuk menaikkan pendapatan, UiTM melancarkan sistem bidaan nombor plat kenderaan khas ‘UITM’.
Bidaan ini terbuka kepada penduduk tetap Malaysia dan orang awam yang berumur 18 tahun dan ke atas serta perniagaan atau syarikat yang berdaftar.
Ini peluang terbaik buat mereka yang pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mahu menyimpan kenangan sambil membantu universiti tersebut untuk menjana pendapatan.
Untuk membida, pembida perlu mempunyai kad kredit atau perbankan atas talian bagi memudahkan proses transaksi dilakukan. Syarat-syarat lain tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).
Pembida yang layak boleh membuat pendaftaran ringkas di dalam sistem UiTMBida. Pembayaran fi pengurusan sebanyak RM10 hendaklah dibuat bagi setiap transaksi nombor plat baharu sebanyak satu kali sahaja.
Nombor plat edisi khas ini akan dijual bermula dari ‘UITM 1’ sehinggalah ‘UITM 9999’.
Bidaan akan mula dibuka mulai 26 Ogos 2020 pukul 12 tengah hari di UiTMBida.
Cara nak bida nombor plat khas UITM
Harga nombor plat
Cara membida
UiTMBida merupakan sistem bidaan universiti yang diwujudkan bagi membolehkan orang awam, alumni dan warga UiTM membeli nombor pendaftaran khas kenderaan.
Nombor yang ditawarkan bermula dengan abjad ‘UITM’ diikuti dengan rangkaian nombor terpilih dan hanya boleh didapati secara eksklusif di dalam sistem tersebut.