Selepas kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirainya, kita beralih pula kepada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Sukan Paralimpik merupakan sukan tertinggi yang melibatkan penyertaan atlet-atlet kelainan upaya. Kejohanan Sukan Paralimpik dianjurkan pada tahun yang sama dengan penganjuran Sukan Olimpik iaitu setiap empat tahun sekali.

Kontinjen negara mula menyertai temasya paralimpik ini sejak tahun 1984 di Seoul, Korea Selatan. Sejak tahun 1988, kontinjen paralimpik negara telah berjaya mengumpul sebanyak 11 pingat iaitu tiga emas, dua perak dan enam gangsa.

Pencapaian atlet paralimpik negara kita dalam temasya sukan tersebut amat membanggakan. Pada temasya Sukan Paralimpik Rio 2016, kontinjen Malaysia cemerlang dengan membawa pulang tiga pingat emas serta satu pingat gangsa pada temasya tersebut sekaligus muncul pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penyertaan negara di kejohanan Sukan Paralimpik.

Seramai 22 atlet termasuk empat alet wanita akan menggalas cabaran negara dalam sembilan jenis sukan pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo pada 24 Ogos hingga 5 Sept ini. Menurut Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, kesemua atlet tersebut akan ditemani oleh 16 jurulatih termasuk seorang caperon serta 22 pegawai perubatan dan petugas sekretariat.

Diketuai oleh Datuk Seri Megat selaku ketua kontinjen, berikut merupakan senarai penuh 22 orang atlet paralimpik Malaysia mengikut kategori sukan yang akan membawa cabaran negara di Tokyo.

Atlet Olahraga

Kredit gambar: https://mashable.com/article/malaysia-third-gold-paralympics

Abdul Latif Romly; Muhammad Ziyad Zokefli; Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; Wong Kar Gee dan Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin.

Atlet Berbasikal

Kredit gambar: https://english.stadiumastro.com/topic/mohamad-yusof-hafizi-shaharuddin

Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin; Muhammad Hafiz Jamali; Zuhairie Ahmad Tarmizi; Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan Nurul Suhada Zainal.

Atlet Renang

Kredit gambar: https://siungfilms.com/updates

Brenda Anelia; Muhammad Nur Syaiful Zulkefli dan Jamery Siga.

Atlet Memanah

Kredit gambar: https://www.hmetro.com.my/arena/2019/06/463764/kejayaan-suresh-banggakan-negara

S. Suresh dan Wiro Julin.

Atlet Badminton

Kredit gambar: https://www.thestar.com.my/sport/badminton/2021/02/04/liek-hou-cant-wait-to-end-13-month-hiatus

Cheah Liek Hou dan Didin Terasoh.

Atlet Boccia

Kredit gambar: https://www.sports247.my/boccia-fruitful-day-msia-thai-philippines/

Chew Wei Lun

Atlet Powerlifting

Kredit gambar: https://www.theborneopost.com/2021/05/08/kuching-born-bonnie-wins-gold-at-world-para-powerlifting-world-cup/

Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie.

Atlet Ping Pong

Kredit gambar: https://www.ittf.com/2019/11/22/gold-chee-chao-ming-wins-argentine-debut/

Chee Chao Ming

Atlet Tenis Kerusi Roda

Kredit gambar: https://www.nst.com.my/sports/others/2017/09/278763/abu-samah-accident-wheelchair-star

Abu Samah Borhan

Kejayaan atlet kita di Rio 2016 sebelum ini amat membanggakan apabila atlet berjaya memecahkan rekod kejohanan dan mencipta rekod dunia dalam acara masing-masing. Semoga atlet paralimpik kita mampu mengulangi pencapaian yang sama di Tokyo 2020.