Pada hari Khamis ini, kita semua akan menjalani ibadah puasa bagi tahun 2021/1422 Hijrah. Tinggal lima hari sahaja lagi untuk kita sama-sama berpuasa di siang hari. Sebelum itu, elok anda kunjungi dahulu salah satu daripada kafe brunch yang kami cadangkan ini.

Brunch lebih diminati oleh warga kota atas kesibukan mereka untuk mengambil sarapan dan makan tengah hari pada dua waktu berbeza. Selain itu juga, menu yang ditawarkan kebanyakkannya lebih menyihatkan.

Tiga kedai pilihan ini adalah berdasarkan pandangan peribadi kami sahaja dan semestinya, tidak dibayar.

1 – Kopenhagen Coffee

Kredit gambar: http://eatdrinkkl.blogspot.com/2017/01/kopenhagen-coffee-vista-kiara-mont-kiara.html

Berkonsepkan minimalis hitam dan putih, disulami dengan cahaya matahari yang melintasi tingkap tinggi disekelilingnya membuatkan Kopenhagen Coffee di Mont Kiara ini menjadi pilihan kami.

Kredit gambar: https://www.taufulou.com/kopenhagen-coffee-mont-kiara/

Diilhamkan sebagai penghargaan kepada bandar kelahirannya di Denmark, Peter Sehested mengusahakan Kopenhagen Coffee dengan mengekalkan ciri scandinavian sebagai tarikan utamanya.

Kredit gambar: https://www.theyumlist.net/2017/04/kopenhagen-coffee-a-sweet-taste-of-denmark-in-kuala-lumpur.html

Makanan pilihan adalah Tuna Mousse Sandwich yang menggunakan roti penuh serat dengan biji labu. Pada harga RM15, anda tidak boleh melepaskan peluang untuk merasainya.

Kredit gambar: http://www.becky-wong.com/2017/03/kopenhagen-coffee-kiara-vista-mont-kiara-kl.html

Selain itu juga, anda boleh mencuba Scrambled Eggs with Fresh Tomatoes, Spring Onions and Sourdough Bread. Pada harga RM14, makanan yang serba ringkas ini boleh membuatkan anda kenyang sepanjang hari.

Kredit gambar: https://www.taufulou.com/kopenhagen-coffee-mont-kiara/

Pilihan kopi yang ada di sini juga adalah pelbagai dengan harga yang amat berpatutan.

Dibuka seawal jam 7.00 pagi (Isnin-Jumaat) dan 8.00 pagi (Sabtu-Ahad) ditutup pada jam 5.00 petang (Isnin-Jumaat) dan 6.00 petang (Sabtu-Ahad), Kopenhagen Coffee adalah port brunch yang tidak boleh anda lepaskan sekiranya berada di sekitar Kuala Lumpur.

2 – Bonjour Garden Bakery Cafe

Kedai ini dari sekali pandang nampak sama seperti kafe-kafe lain, namun sebenarnya merupakan port brunch yang sangat unik. Digabungkan dengan kekuatan kedai pastri dan kepelbagaian kopi, diadun dengan juadah brunch barat menyebabkan ia amat berbaloi untuk dikunjungi.

Hidangan Good Old English ini merupakan antara signature bagi Bonjour Garden. Dengan harga RM37 bagi sepinggan baked beans, hash brown, herb crusted tomato, sauteed mushrooms, pilihan bacon daging atau ayam, smoked cheese sausage dan pilihan telur serta roti segar dari pastri mereka sudah cukup untuk membuatkan anda kenyang sepanjang hari.

Sumber gambar: https://www.facebook.com/bonjourgarden/

Sekiranya anda tidak mahu terlalu kenyang, maka “SNAIL” Wurst ini mungkin pilihan yang lebih baik untuk anda. Sarapan ala-German dengan sosej ayam yang dihidangkan bersama isi ketam, salad kentang dan roti segar pihan anda pada harga RM32 ini juga berbaloi untuk dicuba.

Creme de Champignon ini boleh dianggap sebagai sup cendawan terbaik di ibu kota. Berpadanan dengan harganya yang mencecah RM19, dihidangkan bersama roti segar pilihan anda.

Jangan lupa untuk memesan latte ais sekiranya anda berkunjung ke sini. Mereka menggunakan biji kopi Lavazza Premium yang sangat lemak, anda tidak perlu menambahkan gula di dalam minuman ini.

Harga di Bonjour Garden agak mahal sekiranya dibandingkan dengan Kopenhagen Coffee ataupun port brunch yang lain, namun bersesuaian dengan portion makanan yang besar serta kualiti bahan yang digunakan, anda perlu mencuba port brunch ini.

Bonjour Garden Bakery Cafe dibuka pada jam 8.30 pagi hingga lewat petang di The Intermark Mall, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Mereka juga ada dua cawangan lain di Glo Plaza Damansara dan Gurney Paragon di Pulau Pinang.

3 – Malaya Garden, Off Petaling Street

Sekiranya anda meminati brunch dengan hidangan tradisional moden, Malaya Garden adalah pilihan yang tepat untuk anda. Mengekalkan konsep “Local Is The New Luxe”, kedai yang menerapkan ciri Chinatown ini berada di dalam kelasnya yang unik dan tersendiri.

Kredit gambar: https://eatdrinkkl.blogspot.com/2021/04/malaya-garden-off-petaling-street.html

Malaya Garden’s Big Breakfast adalah menu brunch pilihan kami di sini. Menu ini mengandungi otak-otak ayam dengan kuah percik, salad dari ulam-ulaman, telur separuh masak dengan smoked duck chips, dan roti bakar berinti kelapa dengan harga RM26.

Kredit gambar: https://m.facebook.com/malayagarden/

 

Kredit gambar: https://m.facebook.com/malayagarden/

Sekiranya anda mahu makanan yang lebih ringan, roti bakar dengan jem strawberi ataupun inti kelapa dengan potongan pisang ini adalah pilihan yang tepat.

Kredit gambar: https://m.facebook.com/malayagarden/

Kopi hailam susu ini merupakan minuman signature bagi Malaya Garden. Jangan lupa untuk memesan secawan kopi tradisional ini sambil menikmati makanan anda di sini.

Kredit gambar: https://eatdrinkkl.blogspot.com/2021/04/malaya-garden-off-petaling-street.html

Malaya Garden ini dibuka setiap hari mulai bulan Mac 2021, jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Jangan lupa untuk mengambil gambar anda disini kerana susun atur dan lukisan berwarna neon cerah di dinding kafe ini amat unik.