Bakul Prihatin Negara merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup. Inisiatif itu digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dijangkakan seramai lebih 400,000 penerima akan mendapat manfaat daripada program ini.

Setakat ini, permohonan mula dibuka sejak 15 Julai dan kurang dari 24 jam, 4,027 permohonan bantuan diterima daripada orang ramai. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,929 permohonan diterima melalui panggilan ke Bilik Gerakan JKM di seluruh negara. JKM turut menyediakan tiga talian tambahan bagi permohonan program Bakul Prihatin Negara, susulan jumlah permohonan yang tinggi diterima sejak dibuka secara rasmi.

Berikut diringkaskan beberapa langkah dan syarat untuk memohon Bakul Prihatin Negara.

Langkah untuk memohon Bakul Prihatin Negara

Kredit gambar: https://bantuanrakyat.my/bakul-prihatin-negara/

Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh dibuat sekiranya anda perlu untuk membuat permohonan bantuan program bakul makanan ini.

  1. Hubungi bilik gerakan JKM negeri di mana anda menetap. Senarai tersebut boleh diperolehi di sini.
  2. Hubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp di 019-26 15999
  3. Membuat permohonan melalui media sosial rasmi iaitu Facebook, Twitter dan Instagram Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan JKM.

Talian tambahan permohonan Bakul Prihatin Negara:

  1. Hubungi talian tambahan di 03-8323 2176, 03-8323 2177 dan 03-8323 2178.
  2. Menggunakan medium permohonan alternatif melalui penggunaan Google Form yang boleh dilayari menerusi talian WhatsApp 017-3729702.

Syarat permohonan Bakul Prihatin Negara

Secara ringkasnya, semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik Covid-19.

Kandungan Bakul Prihatin Negara

Kredit gambar: https://www.facebook.com/kpwkm/

Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) barangan seperti berikut:

  1. Beras (5 Kg)
  2. Gula (1 Kg)
  3. Tepung (2 Kg)
  4. Bihun (400 Gm)
  5. Kicap (650 Ml)
  6. Sardin (230 Gm)
  7. Biskut
  8. Serbuk kopi