Iklan teaser / penggoda untuk filem terbaru terbitan David Teo telah mengundang kecaman netizen.
David Teo mengeluarkan satu gambar seorang guru yang berpakaian kebaya ketat dengan kapsten: “Selamat Pagi Cikgu Suraya #comingsoon”.
Usaha David Teo yang awalnya nak membuatkan para peminat teruja setelah lama tidak menghasilkan filem blockbuster.
Biasanya benda teaser ni memang akan orang nantikan dan tak sabar nak tahu perkembangan yang lain.
Namun ianya telah bertukar menjadi perkara lain iaitu menjadi medan kecaman.
Ramai warganet mengkritik penampilan dan perwatakan guru bernama Suraya dengan pakaian ketat itu.
Dan ada yang menganggap ia telah memberikan imej buruk kepada guru sekolah kerajaan. Sedangkan mereka memiliki kod berpakaian yang sangat ketat (bukan pakaian ketat ye).
Ada yang meminta David Teo untuk melakukan lebih banyak kajian lagi tentang etika berpakaian seorang guru.
Dan mereka tidak mahu guru terpalit dengan gambaran seperti dijadikan bahan seksual.
Ada juga guru sendiri yang meminta David Teo untuk mengkaji balik perkara itu.
Salah seorang guru berkata: “Kami tak minta pun disanjung, tetapi janganlah memperlekehkan profesion kami.”
(Petikan Facebook dari Puan Kem)
Takde cikgu boleh berpakaian begini.
Kami tak minta disanjung
Cuma mohon jgn dijatuhkan profession keguruan.
Buat sedikit homework, research
Lihat bagaimana guru seMalaysia berpakaian.Bukan main ikut sedap rasa! pic.twitter.com/yY8eyHeB7j
— Pendidik ?? (@pendidikmajalah) January 27, 2020
Guru seolah oleh telah dimanipulasi untuk tujuan melariskan produk.
Ramai yang mengaitkan filem terbaru itu dengan drama fiksyen Cikgu Suraya – novel erotik yang pernah mekar satu ketika dahulu. Korang pernah baca ke? Saya tak pernah.
Spekulasi itu semakin kuat apabila David Teo turut memuat gambar pelajar sekolah dengan basikal.
I’m sorry but what puki taik shit is this? pic.twitter.com/dFGNHdjSwK
— ? ????? ? (@elorakdshn) January 26, 2020
Sama sama kita nantikan apa pula reaksi David Teo selepas ini.