Samsung dilaporkan akan menaik taraf lagi fungsi buds mereka dalam Galaxy Buds+ yang turut mesra iPhone.

Samsung kini mahu memasuki sempadan musuh mereka dengan penawaran yang serupa ini. Adakah peminat iPhone akan terbuka menerimanya?

Samsung akan melancarkan Galaxy Buds+, produk yang berspesifikasi tinggi.

Buds terbaru ini dikatakan berharga $149. Ia menawarkan kualiti bunyi lebih mantap, serta hayat bateri yang lebih lama – iaitu hampir dua kali ganda. Selain daripada memiliki intergasi dengan aplikasi iPhone.

Galaxy Buds+ juga memberikan improvisasi yang lebih baik daripada buds mereka sebeum ini yang berharga $129. Ia juga boleh didapati di Playstor dan Appstore.

Galaxy Buds+ boleh digunakan selama 11 jam dan tambahan 11 jam lagi dengan bekas pegecasnya.

Sebagai perbandingan, Galaxy Buds sebelum ini, bertahan 7 jam dengan bekas pengecasannya.

Selain itu, Galaxy Buds+ juga akan memiliki kualiti bunyi lebih baik serta ada mikrofon tambahan.

Galaxy Buds+ akan tampil dengan pilihan warna, sama ada hitam dan putih sebagai warna biasa serta warna biru dan merah sebagai warna untuk opsyen tambahan.

Berdasarkan fungsinya yang dilihat lebih advance dan juga kemampuannya mesra iPhone, maka harga $149 dilihat akan memberikan saingan kepada AirPods, yang harganya lebih mahal.

Samsung dijangka menayangkan kepada umum Galaxy Buds+ dalam acara pengenala telefon terabru mereka Samsung Galaxy S20, dan telefon lipat terbaru Samsung Z Flip.