Singapura telah mengumumkan langkah yang diambil untuk mengawal penularan wabak COVID-19, dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beberapa jam selepas pengumuman tersebut, penduduk Singapura dilihat membanjiri pasar raya dan melakukan pembelian panik.
Ia berlaku walaupun Ketua Pegawai Eksekutif FairPrice Group, Seah Kian Peng, memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pasar raya akan tetap dibuka.
Di pasa raya Cold Storage di Bugis Junction serta pasar raya NTUC FairPrice menunjukkan sebanyak 20 barisan panjang beratur di luar pasar raya yang mengenakan had kepada 10 orang pembeli saja bagi mengurangkan kesesakan orang ramai di dalamnya.
Jurutera, Kiang Phuengsuwan, 31, berkata kesesakan itu luar biasa dan beranggapan setiap orang mula khuatir mengenai keperluan makanannya serta sama ada pasar raya akan dibuka lagi atau tidak.
Namun, beliau tidak bimbang mengenai menambah bekalan makanan, tetapi bimbang banyak restoran akan ditutup berikutan tiada perniagaan berlangsung.
Pemerintah Singapura pada Jumaat lepas telah mengumumkan langkah ketat untuk mengosongkan tempat kerja bagi industri tidak penting, langkah pergerakan kawalan dan penutupan sekolah bermula pada 7 April hingga 4 Mei.
Biarpun kerajaan meningkatkan Sistem Tindak Balas Penyakit (Dorscon) dari kuning kepada jingga pada awal Februari lalu, pembeli masih membeli dalam kuantiti sedikit. Oleh sebab itu ketika ini mereka mula melakukan pembelian panik secara beramai-ramai.
Baca lagi artikel lain yang berkaitan PKP di Malaysia: