Seperti yang ditunggu-tunggu, status kelulusan i-Sinar bagi kategori 1 telahpun diumumkan bagi sebahagian besar ahli KWSP mulai 4 Januari 2021.
Namun kepada ahli yang tidak lulus KWSP telah umumkan anda masih berpeluang untuk membuat permohonan di bawah i-Sinar Kategori 2 mulai 11 Januari 2021.
Antara syarat-syarat atau maklumat lebih lanjut tentang syarat kelayakan, cara memohon, dan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Kategori 2 :
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Bagi anda yang tergolong dalam i-Sinar Kategori 2 atau gagal permohonan kategori 1, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Ia boleh isi secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
Langkah membuat permohonan adalah seperti berikut:
Untuk kategori 2 agak berbeza sedikit dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, manakala permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.
Antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan kedua
1. Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
2. Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Amaun Kelayakan
Amaun kelayakan pengeluaran Akaun 1 KWSP adalah seperti berikut:
Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI
Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu.
Untuk mengetahui perkembangan terkini, anda boleh ikuti di media sosial KWSP atau layari portal rasmi.