Kenaikan harga Bictoin secara mendadak pada sejak Februari tahun ini nampaknya menyebabkan kes kecurian tenaga elektrik oleh pelombong haram Bitcoin semakin berleluasa. Kaedah perlombongan Bitcoin ini menggunakan perkakasan komputer seperti pemproses, unit pemproses grafik (GPU) dan beberapa keperluan lain yang digabungkan dan menjadi satu mesin perlombongan mata wang kripto.

Dalam bulan April ini sahaja, sudah dua kes kecurian elektrik ditumpaskan di Negeri Sembilan iaitu di Seremban 2 pada 5 April dan yang terkini di Bahau, semalam.

Kecurian elektrik di Seremban 2 melibatkan tiga orang suspek yang ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban. Polis turut merampas sebanyak 300 unit mesin perlombongan bitcoin selain beberapa barangan termasuk tiga monitor, tiga Unit Pemprosesan Pusat (CPU) serta sebuah kenderaan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) menganggarkan kerugian mereka akibat aktiviti perlombongan haram Bitcoin di Seremban 2 sebanyak RM75,000 sebulan.

Kecurian elektrik di Bahau oleh sindiket perlombongan Bitcoin pula ditumpaskan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol dengan bantuan pasukan Special Engagement Against Loses (SEAL) TNB. Rampasan dianggarkan bernilai RM380,000 iaitu 190 unit mesin perlombongan Bitcoin.  TNB menganggarkan kerugian mereka sebanyak RM216,487 akibat kecurian tenaga elektrik di Bahau.

Sumber: