Korea Selatan merupakan antara negara yang terkesan dengan COVID-19 dengan kes terkini telah mencecah 10,000.

Walaupun begitu, kerajaan Korea masih belum melaksanakan sebarang perintah berkurung pada peringkat awal penularan.

Pada waktu itu, mereka cuma berpesan kepada semua penduduk supaya mengamalkan penjarakan sosial dan membasuh tangan secara kerap.

Kebanyakan penduduk di sana masih tidak memandang berat isu penularan wabak yang menakutkan seluruh dunia ini, apabila masih lagi memenuhi kedai-kedai makan dan kafe-kafe.

Lebih mengejutkan lagi, ramai orang Korea yang berpusu-pusu masuk ke sebuah taman tema terkenal untuk mendapatkan harga diskaun sebanyak 50%.

Lotte World, Seoul

Lotte World di Seoul telah mengadakan promosi tiket separuh harga untuk menggalakkan pengunjung datang dan melepaskan tekanan keran terperap di rumah.

Terdapat banyak barisan panjang dipenuhi pengunjung boleh dilihat di taman tema tersebut pada 3 Mac lalu, hasil penangan promosi yang sangat menggiurkan itu.

orang-korea-serbu-taman-tema

Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dilihat beratur dan bersembang tanpa menjaga jarak mereka. Walaupun memakai topeng muka, tetapi tindakan mereka tidak menjaga jarak boleh menggalakkan penularan COVID-19 dengan mudah.

Perkara itu menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan netizen Korea. Mereka berasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak Lotte World kerana menawarkan promosi sedemikian dalam situasi yang genting ini.

Kerajaan Korea umum akan melanjutkan lagi tempoh perlaksanaan perintah penjarakan sosial di negara itu 2 minggu lagi, selepas jumlah kes menunjukkan penurunan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai wabak COVID-19:

Sumber: