Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof semalam telah mengesahkan bahawa Nur Sajat sebagai lelaki, dengan nama Muhammad Sajad Kamaruzzaman.

Mujahid sangat kecewa dengan apa yang dilakukan usahawan itu ketia berada di Tanah suci – mengerjakan umrah baru-baru ini.

Mujahid berkata, tindakan Sajat itu telah menjejaskan imej beliau sebagai seorang lelaki secara biologi dan yang tertera di kad pengenalannya.

Tetapi dalam masa yang sama, Sajat berpakaian seperti wanita ketika di Makkah.

Mujahid memberitahu wartawan, sejak isu itu menjadi panas di media, sosial, beliau telah banyak menerima aduan dan pertanyaan berkenaan perkara itu.

Warganet menganggap tindakan Sajat itu memalukan negara dan mempersendakan tanah suci apabila dia bergaul dan berada di ruang solat untuk wanita.

Tindakan Sajat itu benar benar membuatkan ramai pihak yang kecewa. Sajat tidak menghiraukan orang ramai dengan berterusan memuat naik aktiviti dia di sana menerusi instagram.

Dipetik daripada Harian Metro, Mujahid berkata: “Ini menimbulkan ketidakselesaan, daripada banyak aduan oleh jemaah sendiri dan orang yang menyaksikan peristiwa itu tidak berpuas hati, dia sudah menceroboh ruang yang ditentukan untuk wanita dengan berpakaian serupa.”

“Ini sangat menjejaskan imej Islam dan saya amat kesal dengan perbuatannya dan saya masih menunggu laporan yang berkaitan kerana saya difahamkan beliau masih berada di Makkah, belum balik lagi,” katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Maqasid Syariah Kementerian Kesihatan di Putrajaya tadi.”

Mujahid sudah mengarahkan pegawai beliau untuk mendapatkan maklumat berkenaan agensi pelancongan yang membawa Sajat dan keluarganya serta rakannya menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

Menurut Mujahid lagi, beliau sangat kesal dengan tindakan agensi berkenaan. Ini kerana mereka sepatutnya sedia maklum bahawa Sajat adalah lelaki yang kerap terlibat dalam kontroversi.

Jadi, agensi tersebut hendaklah menilai dahulu tindakan mereka, dan cuba mengelak perkara yang membuatkan orang ramai marah.

Beliau menambah: “Kalau (dalam ajaran) Islam itu tidak betul dan salah. Dia kena berhenti (melakukan perbuatan itu) sebab dalam realiti, dia menimbulkan pelbagai isu dan dipamerkan dalam sosial media. Seolah-olah dia berasa tidak bersalah dan ini lebih memberatkan lagi isu ini.”

“Orang ramai marah dan saya merasa kesal. Saya juga ingin memberitahu dia bahawa tolong, dengan perbuatan anda itu menimbulkan kebimbangan orang awam dan kemarahan orang awam.”

“Yang kedua, fikirlah tindakan anda itu dilakukan di negara orang, di bumi Makkah, di bumi Madinah, yang akan terjejas imej kita yang mungkin boleh menjadi isu antara negara. Yang ketiga, kembali lah kepada fitrah asal dan mengikuti ajaran agama kita.”

Mujahid walaubagaimanapun yakin perbuatan Sajat itu tidak akan menjejaskan kuota haji negara kerana ia adalah tindakan peribadi.

Dan kementerian beliau akan bersemuka dengan agensi perlancongan yang membawa Sajat ke Makkah.

SUMBER: Harian Metro