Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan hukum meninggalkan khutbah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah adalah makruh.

Bagaimanapun jika khutbah tidak dibaca, solat tersebut masih lagi sah.

https://twitter.com/drzul_albakri/status/1262339098959728640

Dr Zulkifli memberitahu hukum tersebut selepas ditanya oleh netizen di Twitter.

Sebelum menjawab soalan tersebut, Dr Zulkifli menjawab soalan dari seorang netizen yang bertanya:

“Memandangkan solat sunat Aidilfitri akan dihadkan hanya untuk beberapa orang di masjid-masjid tertentu, bolehkah sesebuah keluarga menunaikan solat secara berjemaah di rumah sedangkan tak mendengar khutbah atau tak ada khutbah melalui siaran langsung TV?

“Tapi kalau mendengar khutbah melalui siaran langsung TV, adakah sah solat sunat itu kerana saya mendengar sembahyang sunat Aidilfitri mestilah dilakukan di tanah lapang atau masjid?”

Mengenai sama ada sah atau tidak solat sunat Aidilfitri di rumah, jawapannya adalah sah.

Dr. Zulkifli turut mencadangkan supaya ada seorang ahli keluarga yang tampil ke depan untuk membaca khutbah selepas solat.

Mengenai teks khutbah pula, netizen perlu merujuk pejabat agama negeri masing-masing katanya.

Saranan Dr. Zulkifli ini menghadirkan rasa risau kepada sesetengah netizen.

Tetapi Dr. Zulkifli menjawab ringkas:

“Berlatih siap2 depan cermin. Ataupun rekod dan upload di Twitter, IG. Jangan lupa tag saya.”

Di mana nak dapatkan teks khutbah solat sunat Aidilfitri?

Lazimnya, khutbah raya akan dibacakan oleh khatib selepas solat.

Dalam keadaan kita sekarang, solat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian.

Apakah rukun-rukun khutbah bagi khutbah hari raya?

Menurut mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;

  1. Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
  2. Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
  3. Memberi pesanan dengan takwa
  4. Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
  5. Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.

Disunatkan imam memulakan khutbah pertama dengan bertakbir (yakni melaungkan Allahu-Akbar) sembilan kali dan memulakan khutbah kedua dengan bertakbir tujuh kali.

Dari ‘Ubaidillah bin ‘Abdillah bin ‘Utbah r.a. yang menceritakan;

Menjadi sunnah memulakan khutbah pertama dengan sembilan kali takbir yang berturut-turut dan memulakan khutbah kedua dengan tujuh kali takbir yang berturut-turut” 

– Riwayat Imam al-Baihaqi

Teks khutbah ringkas untuk solat sunat Aidilfitri tahun 2020 sempena Covid-19 boleh dilihat pada pautan ini:

(Sila klik) Panduan Khutbah Raya Aidilfitri Ringkas Untuk Ketua Keluarga

Khutbah ini adalah mudah, ringkas dan ada terjemahan rumi untuk membantu mereka yang kurang mahir dengan tulisan jawi / arab.

Sumber: