Bekas pesakit COVID-19 kes 46 di negara kita, Encik Reza Huzairi Zainudin telah mendapat jangkitan virus korona ini dalam gelombang kedua dan sejak itu beliau dan rakan-rakan sekerja yang juga positif telah diisolasi di Hospital Sungai Buloh.

“Pengalaman di wad isolasi akan saya kenang seumur hidup.”

“Tidak pernah saya bayangkan akan berada dalam situasi dikunci 24 jam selama 11 hari di dalam bilik”

work-from-hospital
“Work From Hospital. Serious katil ni tinggi sgt. Paddle utk turunkan tak boleh. So masa ni sakit urat2 belakang.”

Resah Fikirkan Ahli Keluarga di Rumah

“Perasaan depressed itu bukan main-main. Dalam resah memikirkan diri sendiri, saya juga resah memikirkan tentang isteri dan anak-anak di rumah. Juga kepada semua staff saya, bimbang jika virus yang ada pada saya ini bakal menjangkiti mereka pula” tulisnya menerusi akaun Facebook peribadi.

Selepas 11 hari, Encik Reza telah sembuh sepenuhnya hasil ujian sebanyak dua kali yang mendapati beliau negatif COVID-19.

Rakyat Malaysia Pertama Sumbang Plasma Darah Untuk Kajian Penawar COVID-19

Oleh kerana tubuh badannya memiliki antibodi yang kuat dalam melawan virus COVID-19 dan tidak pernah memiliki sejarah kesihatan yang serius, Encik Reza telah dihubungi oleh pihak hospital untuk mendermakan plasma darahnya supaya dapat digunakan sebagai serum untuk merawat pesakit COVID-19 yang lain.

derma-plasma-darah-bekas-pesakit-covid-19-pulih
Encik Reza mendermakan plasma darah yang akan digunakan dalam kajian rawatan pesakit COVID-19 di Pusat Darah Negara

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat kajian pada plasma darah yang diperoleh daripada bekas pesakit Covid-19 yang kini pulih untuk melihat sama ada ia boleh digunakan untuk merawat pesakit lain.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada beberapa pesakit yang tampil menderma darah mereka untuk penyelidikan perubatan.”

Dalam status facebook itu lagi, Encik Reza turut memberikan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Darah Negara atas layanan baik sepanjang rawatan dan proses pendermaan plasma darah.

Nasihat Supaya Patuhi PKP

Dalam kesempatan yang sama, Encik Reza Huzairi Zainudin juga menyarankan kepada orang ramai agar mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan diri dengan sentiasa membasuh tangan menggunakan sabun atau hand sanitiser.

Bagaimana Plasma Darah Pesakit Yang Sudah Pulih Membantu Merawat COVID-19?

Plasma darah yang didermakan oleh bekas pesakit COVID-19 yang telah pulih seperti Encik Reza dan rakan-rakan yang lain merupakan antara harapan penting bagi sesetengah pesakit baru yang masih berjuang.

Memandangkan tiada lagi vaksin dan ubat-ubatan khusus bagi mengubati virus ini, penggunaan plasma darah pesakit COVID-19 yang telah sembuh telah digunakan.

plasma-darah-pesakit-covid-19
Kredit: Public Health Malaysia

Plasma darah pesakit yang telah sembuh mengandungi antibodi kuat yang mampu membunuh virus COVID-19 dari tubuh manusia.

Jadi penggunaan plasma darah ini akan mewujudkan imuniti pasif kepada pesakit COVID-19 yang masih berjuang.

Pihak hospital akan menilai kriteria tertentu terlebih dahulu sebelum meminta para pesakit yang telah pulih untuk mendermakan plasma darah mereka di Pusat Darah Negara.

Baca Juga Artikel Lain Yang Berkaitan Wabak COVID-19