Pada 7 Julai 2020, Lazada akan jadi port anda untuk cari rumah yang ada diskaun dan rebat tunai yang tak masuk akal dari pemaju.

Bersempena Kempen Mid-Year 07.07, Hi HOME dan Lazada akan melancarkan Hi HOME Property Expo. Eskpo ini merupakan ekspo hartanah online pertama di Asia Tenggara.

Jadi kalau anda tengah cari rumah baru untuk dibeli sekarang, Hi HOME Property Expo adalah ekspo untuk anda.

Apa yang anda boleh dapat di Hi HOME Property Expo:

  • Tawaran rumah serendah RM110,000
  • Lebih 2,000 unit rumah untuk dipilih
  • Tawaran diskaun sehingga 30%, hadiah dan rebat tunai dari pemaju yang anda takkan dapat di tempat lain
  • Kemudahan tengok, pilih dan beli rumah secara online di Lazada

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hi HOME, Radzi Tajuddin:

“Fokus kami sentiasa mempromosikan agenda pemilikan rumah dan kami bekerjasama dengan pemaju hartanah dalam memastikan tawaran terbaik kepada pembeli.

“Kami menyasarkan diskaun sehingga 30% dengan harga unit rumah paling rendah adalah RM110,000. Tawaran ini hanya boleh diperolehi di ‘Hi HOME Property Expo’ melalui Lazada.”

Hi HOME menjanjikan tawaran rumah terbaik dalam Hi HOME Property Expo di Lazada. (Foto: Hi HOME)

Cara dapatkan diskaun rumah di Lazada

Untuk mendapatkan diskaun, hadiah dan rebat tunai dari pemaju di Hi HOME Property Expo, anda hanya perlu mendapatkan baucar serendah RM88.

Baucar ini kemudiannya boleh anda gunakan untuk menebus bagi mendapatkan diskaun, hadiah dan rebat tunai tak masuk akal untuk projek-projek rumah yang terlibat.

Sejak PKP dilaksanakan bermula 18 Mac lepas, semakin ramai yang membeli secara online. Kini dengan Hi HOME Property Expo, anda juga boleh beli rumah secara online hanya di Lazada.

Dalam Hi HOME Property Expo, anda boleh menempah rumah idaman anda secara eksklusif di LazMall dan juga sesi live streaming di LazLive.

Dalam sesi live streaming melalui LazLive ini juga, anda boleh berinteraksi terus dengan penjual dan pemaju hartanah – tanpa perlu risau tentang penjarakan sosial. Inilah norma baharu proses jual beli rumah sekarang di kala kita masih perlu berjaga-jaga dengan wabak COVID-19.

Selain diskaun, hadiah dan rebat tunai yang bakal anda dapat di Hi HOME Property Expo di Lazada, anda juga akan dapat banyak penjimatan hasil pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah 2020 (HOC 2020) oleh kerajaan.

HOC 2020 menawarkan insentif pengecualian duti setem perjanjian pinjaman dan suratcara pindah milik (MOT), bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021, kepada anda sebagai pembeli rumah.

Menurut kerajaan, insentif pengecualian duti setem ini hanya boleh dinikmati JIKA pemaju memberikan diskaun sekurang-kurangnya 10% kepada pembeli rumah – sesuatu yang memang semua pemaju dalam Hi HOME Property Expo janjikan.

Anda boleh kunjungi Hi HOME Property Expo di Lazada melalui pautan di bawah:

(Sila klik) Hi HOME Property Expo di Lazada

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber: