Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendedahkan beberapa produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual.

Berikut merupakan senarai kemaskini produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual menurut Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA):

Nama produkRacun yang dikesan
Deeja Cosmetics Laika CreamMerkuri
Deeja Cosmetics Zulai CreamHydroquinone
Deeja Cosmetics Yus CreamHydroquinone
Dnars Luvee Cream (Normal & Sensitif)Hydroquinone
Dnars Gold Lifthing Serum (Night)Merkuri
Sparkle Beauty CreamHydroquinone, Tretinoin, Betamethasone 17-Valerate
Sparkle Sun Day CreamMerkuri
Qeziger Age-locking Recharging Spot A.M CreamMerkuri
MS Skinz Night CreamMerkuri

“Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” tulis KKM.

Kesan racun dalam produk kosmetik

Produk yang mengandungi hydroquinonetretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Semak kandungan di NPRA

Susulan itu, penjualan dan pengedaran produk ini dalah dilarang serta perlu dihentikan serta merta.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Pelaku juga boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Sementara itu, pengguna produk ini dinasihatkan agar segera menghentikan penggunaan dan mendapatkan nasihat pakar kesihatan jika mengalami kesan sampingan.

Orang ramai juga boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik melalui laman sesawang rasmi NPRA atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber: