Tentu ada kenal produk perubatan yang panggil Vaseline. Ia dijual di farmasi sebagai produk penjagaan dan kesihatan kulit. Pada hari ini, Vaseline telah berkembang dengan jualan pelbagai jenis produk di seluruh pelusuk dunia.

Dicipta daripada jeli petroleum, Vaseline mula ditemui sejak tahun 1859 lagi oleh ahli kimia bernama Sir Robert Augustus Chesebrough. Produk ini merupakan salah satu produk hiliran daripada petroleum yang dikaji oleh Robert. 

Kajian tersebut bermula dengan lawatan beliau ke pelantar minyak di Titusville, Pennsylvania. Daripada penemuan awal tersebut, ahli kimi tersohor itu memerlukan masa sehingga 10 tahun bagi mengformulasi dan menyempurnakan penemuannya. 

Hanya 11 tahun kemudian, iaitu pada tahun 1870 Vaseline mula dihasilkan secara komersil. 

Kegunaan Vaseline

Kredit gambar: HuCo

Pada hari ini, jenama terkenal ini sudah beroperasi melebihi 152 tahun. Vaseline merupakan jenama paling diyakini bagi menyelesaikan masalah kulit kering dan menjadikannya kembali sihat.

Antara produk Vaseline yang banyak digunakan di pasaran adalah seperti berikut:

  1. Vaseline Intensive Care (krim tangan atau losyen);
  2. Vaseline Petroleum Jelly (antiseptik dan minyak);
  3. Intensive Care (krim badan dan pelembap kulit untuk wanita); dan
  4. Vaseline Bath Products (gel dan sabun mandian).

Mengapa penjagaan kulit amat penting bagi Vaseline? Ini kerana, menurut Robert kulit merupakan sebahagian daripada organ penting bagi tubuh badan manusia. 

Pada tahun 2018, Vaseline menguasai segmen penjagaan kulit dengan pegangan pasaran sebanyak US$ 2.02 bilion. Pada awalnya produk Vaseline dihasilkan oleh syarikat Chesebrough Manufacturing Company milik Robert sendiri. Jenama tersebut kemudiannya dibeli oleh gergasi farmasuetikal, Unilever pada tahun 1987.

Kepentingan penjagaan kulit

Kredit gambar: Greatist

Tidak ramai yang mengganggap penjagaan kulit sebagai sesuatu yang penting. Walhal, kulit mengandungi 32,500 sel sensori dan menyimpan urat sepanjang 32 kaki.

Selain itu juga, kulit merupakan lapisan yang paling kehadapan bagi melindungi tubuh badan kita dari perubahan cuaca dan jangkutan. Bagi menstabilkan suhu badan, kulit mampu menyejukkan dan memanaskan tubuh badan mengikut keperluan.

Lapisan kulit dicipta dengan kelembutan bagi memudahkan pergerakan. Kulit juga dianggap cukup kuat untuk tidak mudah terkoyak dan luka. Maka, sudah pasti kulit memerlukan penjagaan yang rapi seperti organ-organ lain di dalam tubuh badan manusia.

Penciptaan Vaseline selama 150 tahun ini membantu kita untuk menjaga kesihatan kulit. Siapa sangka, produk hiliran petroleum selain menggerakkan kenderaan, mampu membantu kesihatan kulit manusia.