Letak telefon atas meja pun boleh kena hack? Mungkin kendengaran agak tidak masuk akal, tapi anda patut paranoid tentang ini. Dalam satu laporan yang dibuat oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Washington mereka memberitahu telah menemui kaedah baru untuk menggodam peranti pintar hanya melalui gelombang ultrasonik.
Kaedah ini dinamakan sebagai ‘SurfingAttack’ dimana ia bertindak dengan mengarahkan sesuatu perintah melalui gelombang ultrasonik ke permukaan meja dan ia berkesan sehingga jarak 30 kaki (setakat yang diuji). Lebih membimbangkan, kebanyakkan peranti pintar masa kini mampu menerima serta mengesan gelombang ultrasonik tetapi tidak pada mata manusia.
Serangan ini telah diuji pada 17 jenis telefon pintar popular dari pelbagai model dan jenama termasuk pada sistem operasi Andorid dan juga iOS. Antaranya adalah peranti pintar Google, Xiaomi, Motorola, Apple dan Samsung.
Keadah serangan ‘SurfingAttack’ ini mampu memanipulasi sistem Google Assistant dan Siri untuk bertindak membuat pesanan, panggilan palsu, menghantar sms, pencerobohan kata laluan dan banyak lagi tanpa pengetahuan si pemilik.
Anda boleh lihat bagaimana serangan ‘SurfingAttack’ ini bertindak dan melakukan kerja melalui video di bawah:
Sumber: techradar