Eksploitasi dan monopoli oleh syarikat gergasi ini bukanlah perkara baharu di dalam zaman globalisasi. Terbaru, Apple didakwa oleh Kesatuan Eropah (EU) dengan kesalahan mengubah persaingan penstriman muzik menerusi tetapannya di aplikasi App Store. Tindakan tersebut dilihat sebagai mengeksploitasi undang-undang antimonopoli yang dikuatkuasakan oleh EU.

Apple dengan sengaja menimbulkan persaingan yang tidak sihat apabila aplikasi penstriman muzik yang dimilikinya, iaitu Apple Music tidak dikenakan levi sepertimana pesaing terdekatnya Spotify. Ini membuatkan pengguna membayar lebih, selain menjadikan pilihan mereka terhad. Sebagai contoh, pengguna di Eropah hanya perlu membayar RM49.18 untuk menggunakan Apple Music berbanding dengan RM63.95 untuk aplikasi lain seperti Spotify.

Apple mempunyai 12 minggu untuk membuat representasi bagi dakwaan ini.

Menurut kenyataan awal Apple, mereka merasakan tindakan EU ini adalah hanya menurut telunjuk Spotify. Ini kerana, Spotify berkembang sebagai syarikat penstriman terbesar di dunia di platform App Store tanpa sebarang komisyen yang dibayar kepada Apple. Kini Spotify menuntut agar syarikat tersebut dibenarkan bagi mengiklankan perkhidmatan mereka di App Store tanpa mahu membayar kepada Apple, suatu tuntutan yang tidak munasabah.

Sumber: