Menurut Ming-Chi Kuo, mulai tahun 2022 Apple akan menawarkan iPhone 13 dengan sensor kamera utama sebesar 48 Megapixel. Teknologi iPhone baharu kelak turut dilengkapi dengan quad-binning image iaitu foto yang dihasilkan masih bersaiz 12MP, namun masih mengekalkan ketajamannya. Dengan peningkatan sensor sebanyak empat kali ganda, iPhone baharu bakal mempunyai kemampuan untuk merakam video pada resolusi 8K.

Bagi model pada tahun 2023 juga, dijangkakan iPhone tidak lagi memiliki notch pada skrin hadapannya. Sensor Face ID akan dimuatkan di bawah skrin telefon dan secara tidak langsung membolehkan iPhone tidak lagi memiliki notch. Notch merupakan bahagian atas paparan telefon pintar yang selalunya mengandungi sensor dan kamera hadapan.

Selain itu juga, model keluaran tahun 2022 akan melihat kepada pengurangan pilihan saiz. Tiada lagi size iPhone mini iaitu 5.4 inci memandangkan jualan iPhone 12 mini yang kurang mendapat sambutan. Sebelum ini, laporan DigiTimes dari Taiwan memaklumkan dua model premium iPhone 13 akan hadir dengan skrin LTPO yang lebih menjimatkan bateri, dan membolehkan telefon tersebut memiliki refresh rate sehingga 120Hz.

Sumber: