Interpol semalam mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap pengasas pelaburan mata wang kripto Thodex yang melarikan diri bersama aset pelabur bernilai RM8.219 bilion (USD$2 bilion). Selepas mendapat laporan daripada polis Turki, Interpol dilaporkan mengeluarkan waran tangkap antarabangsa semalam bagi mengesan dan menangkap Faruk Fatih Ozer yang berusia 27 tahun.

Polis Turki dalam beberapa siri serbuan di lapan bandar turut menahan 62 individu yang didakwa berkait dengan Thodex. Faruk Fatih Ozer didakwa terhadap kesalahan penipuan menggunakan sistem maklumat, perbankan atau institusi kredit dan mengasaskan organisasi jenayah. Pihak berkuasa juga telah menyita wang milik Ozer di dalam bank yang berjumlah RM15 juta (31 juta Lira). Polis Turki turut menyerbu ibu pejabat syarikat berkenaan dan menyita komputer dan bahan digital lain. Setakat ini, skala kewangan penipuan itu masih belum diketahui sepenuhnya namun ia membabitkan 391,000 orang pelabur.

Mata wang kripto seperti Thodex mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Turki sebagai pelaburan baharu, akibat kelembapan mata wang Lira. Setakat ini tiada sebarang undang-undang di Turki yang mengawal mata wang kripto.

 

 

Sumber: