Walaupun selepas hampir 3 minggu kerajaan Itali melaksanakan perintah berkurung, tetapi angka korban akibat wabak COVID-19 di sana semakin menakutkan.

Rakyat Itali yang terpaksa berkurung di rumah masing-masing sudah mula kehabisan wang serta makanan harian.

Akibatnya, penduduk yang sudah terdesak telah bertindak di luar kawalan dengan mencuri barangan di sebuah pasar raya di Palermo, Sicily sehingga memaksa anggota keselamatan di hantar untuk mengawal keadaan.

Memetik laporan media tempatan, satu rakaman video memaparkan seorang lelaki menjerit kepada pihak berkuasa sambil memaklumkan bahawa keluarganya sudah kehabisan wang.

Ibunya pula merayu kepada pihak berkuasa supaya mengikut mereka pulang bagi membuktikan bahawa keluarga mereka benar-benar sudah kehabisan bekalan makanan.

Ketegangan yang berlaku di hadapan sebuah bank itu dipercayai tercetus selepas lelaki berkenaan gagal mengeluarkan wang pencen ibunya susulan premis terbabit ditutup.

Menerusi satu rakaman lain pula, seorang lelaki bergelar bapa berkata, kesabaran mereka sudah sampai hadnya.

rakaman-video-penduduk-itali

“Sudah 20 hari kami terperangkap di dalam rumah sendiri. Seperti anak saya, ramai kanak-kanak lain tidak dapat makan walaupun secebis roti,” ujarnya.

Kejadian rusuhan ini bukanlah kali pertama berlaku di Itali kerana COVID-19.

Ketika perintah berkurung dikuatkuasakan di Itali pada 12 Mac lepas, seramai 12 banduan telah mati manakala 16 yang lain berjaya melarikan diri dalam rusuhan di sebuah penjara di sana.

Ketika artikel ini di tulis, jumlah kematian yang direkodkan Itali sudah menjangkau angka 10,000 orang dan kes positif melebihi 100,000 orang.

Itali merupakan negara yang paling terkesan dengan wabak COVID-19 ketika ini.

Baca juga artikel lain yang berkaitan Koronavirus:

Sumber: