Baru-baru ini Apple telah berkongsi tips terbaru untuk menyelesaikan masalah bateri cepat habis, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh banyak penggunanya selepas mengemaskini sistem operasi iPhone kepada iOS 14.

Turut menghadapi masalah sama adalah pengguna Apple Watch yang mengemaskini sistem operasi kepada watchOS 7.

Dalam panduan yang diterbitkan oleh Apple, mereka menasihatkan pengguna iPhone dan Apple watch untuk membuat factory reset. Sebelum membuat factory reset, pengguna perlu membuat backup ke iCloud.

Panduan tersebut turut memberi penyelesaian kepada beberapa masalah lain yang dihadapi oleh pengguna iPhone dan Apple Watch. Antaranya masalah kehilangan data kesihatan dan rutin, aplikasi kecergasan yang tidak boleh dibuka dan masalah bateri cepat habis.

Untuk masalah bateri cepat habis, itu sahajalah tips yang diberikan oleh Apple: buat file backup ke iCloud, kemudian buat factory reset.

Jika ada tidak melanggan servis iCloud, anda perlu menyediakan ruang yang cukup untuk membuat file backup.  Selepas reset, import semula files tersebut ke iPhone atau Apple Watch anda.

Sudah ramai pengguna melaporkan iOS 14 telah menyebabkan bateri peranti mereka cepat habis. Pakar teknologi berpendapat masalah ini timbul kerana terdapatnya banyak aktiviti di belakang tabir yang berjalan di sistem operasi terbaru tersebut.

Mereka berkata, selepas install OS terbaru, OS tersebut akan membuat penentukuran (recalibration) semula di bateri. Proses ini boleh berjalan selama beberapa jam, malah boleh berlanjutan sehingga ke beberapa hari.

Proses penentukuran bateri ini sememangnya akan ‘memakan’ bateri, sekaligus memberi tanggapan yang bateri cepat habis. Tetapi sebenarnya tidak.

Satu lagi faktor adalah kemaskini OS baru menampilkan banyak ciri-ciri terbaru yang juga akan memakan bateri.  Pakar memberi jaminan bahawa proses ini adalah normal dan mengambil masa sebelum menjadi normal semula.

Sebelum ni Apple  memberi cadangan kepada penggunanya supaya menggunakan mod low power untuk memanjangkan hayat bateri. Ia boleh dilakukan dengan mengakses Settings > Battery.

Baca juga artikel lain yang berkaitan: