Pelakon Hollywood yang membawa watak General Ematt dalam filem Star Wars dilaporkan meninggal dunia di United Kingdom.

Andrew Jack meninggal dunia pada umur 76 tahun selepas disahkan positif COVID-19 sejak dua hari lepas. Beliau meninggal ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Surrey, UK.

Andrew Jack, pelakon watak General Ematt

Berita kematian Andrew disampaikan oleh wakil pelakon itu Jill McCullough melalui akaun Instagram miliknya.

“Jack bekerja sebagai jurulatih bahasa dan pernah tinggal dalam rumah bot Thames. Mendiang merupakan seorang yang rajin berdikari dan sangat mencintai isterinya,” kata McCullough.

Sepanjang karier Andrew Jack di Hollywood, beliau pernah membintangi beberapa siri dalam filem terkenal tersebut termasuklah ‘Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi’, ‘Solo: A Star Wars Story’, dan ‘Star Wars: Episode VII – The Force Awakens’.

Sumber: