Selepas penyertaan 48 jam dalam European Super League mendapat tentangan hebat daripada peminat, kedudukan pemilik Arsenal Stan Kroenke nampaknya semakin goyah. Biarpun berkali-kali menyatakan bahawa Arsenal bukan untuk dijual, ia bukanlah batu penghalang yang terbesar buat CEO dan Pengasas Bersama Spotify, Daniel Ek untuk mengumpulkan dana dan kini mahu membuat bidaan.

Keluarga Kroenke menganggarkan nilai Arsenal adalah sebanyak RM11.453 bilion (GBP2 bilion). Sebagai pemegang saham majoriti dengan nilai mencecah lebih 97 peratus, adalah sukar untuk menolak penilaian yang dibuat oleh mereka.

Daniel Ek dilaporkan akan membuat bidaan awal pada bulan hadapan. Bidaan ini akan dibantu oleh lagenda Arsenal seperti Thierry Henry, Patrick Vieira dan Dennis Bergkamp yang dilihat menyokong beliau. Bilionair kelahiran Sweden ini merupakan peminat Arsenal sejak berusia lapan tahun lagi. 30 tahun kemudian, beliau dilihat amat bersedia agar pengambilalihan kelab kesayangannya berjalan dengan baik.

Sebagai seorang peminat, fokus utamanya adalah mengembalikan kepercayaan penyokong Arsenal serta membawa kelab tersebut kembali disegani sebagai pencabar kejuaraan. Bagi musim 2020-2021, Arsenal kini berada di tangga ke-10 iaitu di kelompok pertengahan Liga Perdana Inggeris.

Sumber: