Pelancaran iPhone 12 di pasaran Malaysia (dan global) pada mulanya dijadualkan akan berlangsung pada bulan September 2020, tetapi Apple baru-baru ini mengesahkan ia akan ditangguhkan beberapa minggu.

Persoalan yang ramai peminat iPhone di Malaysia akan tanya sudah pastilah: berapa lama ia akan ditangguhkan? Betulkah khabar angin yang mengatakan pelancaran iPhone 12 akan dibuat sebanyak dua kali – satu untuk versi skrin besar, dan satu lagi untuk versi skrin kecil?

Dan berapa pula harga iPhone 12 di pasaran Malaysia nanti?

Dalam artikel ini, kami di Rencah akan menjawab semua persoalan ini berdasarkan maklumat-maklumat yang kami kumpul dari blog-blog teknologi di luar sana.

Bila pelancaran iPhone 12?

Sejak 2011, Apple sentiasa melancarkan iPhone terbaru pada bulan September. Tetapi pada Julai lepas, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Apple Luca Maestri memberitahu pelancaran iPhone 12 akan ditangguhkan beberapa minggu daripada jadual asal.

Tidak dapat dipastikan penangguhan ini hanya tertakluk kepada tarikh pelancaran atau termasuk sekali dengan tarikh iPhone 12 mula dijual di pasaran.

Terdapat juga berita yang mengatakan Apple akan membuat dua siri pelancaran iPhone 12. Pelancaran pertama dikatakan untuk dua model versi skrin 6.1 inci (iPhone 12 Max dan 12 Pro). Selepas itu, barulah Apple akan melancarkan dua model berikutnya: versi skrin 5.4 inci (iPhone 12) dan skrin 6.7 inci (iPhone 12 Pro Max).

Kenapa pelancarannya kena asing? Sebab dua versi pertama masih lagi berasaskan skrin OLED yang sama seperti iPhone sebelum ini. Langkah ini dapat mengurangkan beban kilang Apple.

Media juga ada melaporkan penghasilan iPhone 12 akan tergendala sekurang-kurangnya sehingga Oktober 2020. Ada juga yang mengatakan pelancaran iPhone 12 mungkin akan dibuat pada tahun 2021 akibat wabak pandemik COVID-19.

Berapa harga iPhone 12?

Bercakap mengenai harga iPhone 12, terdapat banyak perdebatan di Internet.

Jon Prosser – seorang penganalisa teknologi dari FrontPageTech – meramalkan iPhone 12 akan bermula sedikit murah berbanding harga iPhone 11 yang paling murah (RM3,399). Ia kerana skrin iPhone 12 yang lebih kecil (5.4 inci) dan tiada aksesori tambahan.

Apa yang pasti, Apple menjamin harga iPhone 12 Pro tidak akan naik berbanding iPhone 11 ro, di sebalik skrin yang lebih besar dan kebolehcapaian 5G. Cuma mungkin untuk mengekalkan harganya, Apple tidak akan menyertakan aksesori tambahan seperti pengecas dan headphone dalam kotak iPhone.

Berikut merupakan jangkaan harga iPhone 12 di Malaysia nanti:

  • iPhone 12, 128GB: RM3,175
  • iPhone 12, 256GB: RM3,596
  • iPhone 12 Max, 128GB: RM3,647
  • iPhone 12 Max, 256GB: RM4,015
  • iPhone 12 Pro, 128GB: RM4,645
  • iPhone 12 Pro, 256GB: RM5,065
  • iPhone 12 Pro, 512GB: RM5,905
  • iPhone 12 Pro Max, 128GB: RM5,065
  • iPhone 12 Pro Max, 256GB: RM5,485
  • iPhone 12 Pro Max, 512GB: RM6,325

Ini pula merupakan harga iPhone 11 di Malaysia ketika ini:

  • iPhone 11, 64GB: RM3,399
  • iPhone 11, 128GB: RM3,599
  • iPhone 11, 256GB: RM4,099
  • iPhone 11 Pro, 64GB: RM4,899
  • iPhone 11 Pro, 256GB: RM5,599
  • iPhone 11 Pro, 512GB: RM6,499
  • iPhone 11 Pro Max, 64GB: RM5,299
  • iPhone 11 Pro Max, 256GB: RM5,999
  • iPhone 11 Pro Max, 512GB: RM6,899

Baca juga artikel lain yang berkaitan: