Sebuah bangunan rumah pangsa yang masih dalam pembinaan di Taman Desa telah runtuh.

Kejadian itu berlaku pada hari ini, 14 Februari 2020. Gambar berkaitan dengan tragedi tersebut telah banyak tersebar di media sosial.

Pihak polis serta bomba dan peyelamat masih lagi berada di kawasan kejadian untuk menyelamatkan mangsa dan kemudian memantau keadaan.

Laporan awal menyatakan bahawa sekurang-kurangnya empat orang cedera kerana insiden ini.

Kes terebut telah disahkan oleh Asst Comm Zairulnizam Mohd Zainuddin dari Balai Polis Brickfields.

Zairulnizam berkata: “Polis Brickfields mengesahkan insiden tersebut. Kemaskini tentang insiden ini akan dilakukan dari semasa ke semasa.”

Ketika artikel ini ditulis, pihak penyelamat sedang mencari seorang mangsa yang dipercayai terperangkap di bawah bangunan tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur akan mendapatkan maklum balas lanjut Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja (JKKP) berkenaan dengan penilaian tahap keselamatan keadaan struktur bangunan tersebut.

Buat masa ini JDPM menyatakan masih terlalu awal untuk membuat rumusan tentang situasi tersebut.

Dipetik daripada Harian Metro, Pengarah JBPM Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata: โ€œSetakat ini, kita perlu bekerjasama dengan pihak JKKP untuk menilai balik secara keseluruhan sudah pasti buat masa sekarang ini keadaan tidak selamat.”

โ€œKita juga perlu melakukan penilaian dengan lebih terperinci tempoh masa keadaan yang dikategorikan tidak selamat ini sebelum sesuatu arahan selanjutnya dikeluarkan.”

Daripada sumber yang sama, melaporkan – pada 13 Mac 2017 lalu, sekumpulan 11 pemilik hartanah di Taman Desa telah memfailkan semakan kehakiman gara gara tindakan DBKL memberikan kelulusan kepada rancangan projek tersebut.

Penduduk Taman Desa membantah cadangan pembangunan membabitkan kondominium pencakar langit. Sedangkan sebelum itu, kawasan tersebut sudah diwartakan sebagai sebagai kawasan paru-paru hijau di Kuala Lumpur.