Acara pertama Apple untuk tahun ini bertemakan ‘Spring Loaded’. Pada awal pagi Rabu waktu tempatan, Apple  melancarkan beberapa produk baharu seperti iMac, Air Tag, Apple TV 4K serta iPad Pro.

iMac yang terkini didatangkan dalam tujuh warna baharu yang lebih elegen, skrin yang lebih nipis dengan cip pemprosesan yang dikeluarkan oleh Apple sendiri iaitu M1. Ini merupakan perubahan yang dinanti-nantikan oleh pengguna Apple bagi menggantikan iMac mereka yang sebelum ini dijana oleh cip pemprosesan oleh Intel.

Biarpun lebih nipis berbanding model sebelum ini, iMac hadir dengan skrin 24-inci dan menawarkan paparan dengan resolusi setinggi 4.5K. Ia sekaligus memudahkan pengguna iMac untuk melalukan kerja-kerja berat yang seperti penyuntingan video dengan Final Cut Pro.

Papan kekunci dan tetikus iMac baharu juga hadir dengan tujuh warna, sama seperti penawaran warna skrin. Papan kekunci iMac serba baharu ini juga mempunyai versi yang didatangkan dengan teknologi Touch ID bagi membolehkan iMac dikunci menggunakan cap jari pemiliknya.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM5599 hingga RM6449, mengikut pilihan GPU, papan kekunci serta tambahan port USB 3.0.

Sumber: