Agensi yang membawa Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mengerjakan umrah iaitu Albayt Travel (M) Sdn Bhd mengakui ahli perniagaan itu sukar untuk memberikan kerjasama terhadap pihaknya susulan kontroversi pada ketika ini.

Nur Sajat mencetus huru-hara di media sosial selepas memuatnaik beberapa gambarnya di Tanah Suci Mekah dengan berpakaian seolah-olah wanita dan turut mengenakan telekung di hadapan Kaabah. Ia turut dikongsikan di laman instagram rasmi miliknya.

Dengan status jantina yang berterusan menjadi pertikaian netizen, perlakuannya itu kian tular sekaligus turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Menurut sumber Berita Harian Online, jurucakap Albayt Travel menjelaskan Sajat bersama rombongannya telah pun dibawa keluar dari Tanah Suci Mekah selepas tindakannya itu menjadi kontroversi.

”Setakat ini, sukar untuk mendapat kerjasama Nur Sajat, sebaliknya perbincangan lebih banyak menerusi pembantu peribadinya,”

“Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air. Pihak kami terutama mutawwif cuba berhubung dengan ibu bapanya, kerana hanya keluarga terdekat yang mengetahui status jantinanya.”

“Bagaimanapun, ibu bapa Nur Sajat juga agak sukar diajak berbincang,”ujar jurucakap Albayt Travel lagi.

Dalam pada itu, agensi tersebut juga memintanya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat islam di tanah air di atas apa yang telah dilakukannya.

Kredit foto: Ohmedia