Instagram dilaporkan akan memberikan pilihan kepada penggunanya sama ada mahu melihat jumlah likes ataupun sebaliknya. Syarikat tersebut mengumumkan percubaan terhadap sejumlah kecil penggunanya terhadap pilihan fungsi terbaru ini.
Melalui percubaan tersebut, pengguna akan diberikan dengan tiga pilihan iaitu:
- Anda tidak lagi dapat melihat kiraan likes di profile pengguna lain.
- Anda boleh menutup kiraan likes di profile anda.
- Kekal dengan tetapan asal.
Perubahan fungsi ini sebenarnya sama seperti yang diuji oleh mereka pada tahun 2019, cuma tiada pilihan diberikan sewaktu ia mula-mula diuji. Menurut Instagram, mereka mahu pengguna untuk menukarkan fokus kepada gambar dan video yang dikongsikan oleh pengguna lain, bukan untuk mengira jumlah likes yang diterima.
Pada awalnya, cadangan ini amat ditakuti oleh influencer yang risau terhadap kurangnya minat pengiklanan oleh perniagaan. Namun begitu, sebenarnya mereka masih boleh memilih untuk melihat kiraan likes dan berkongsi data tersebut kepada pemilik perniagaan yang memerlukan kepada perkhidmatan mereka.