Bagi penggemar makanan segera KFC, perkhidmatan makan di premis atau dine-in kini dibuka semula di semua restorannya di seluruh negara.
Dalam kenyataan rasmi hari ini, KFC berkata pembukaan semula perkhidmatan itu disertakan dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan sosial.
“Kini, pelanggan boleh mengalami semula suasana ceria di restoran KFC berserta aroma ayam goreng baru masak yang menyelerakan.
“Bersempena pembukaan semula perkhidmatan makan di premis ini, KFC melancarkan video parodi khas untuk pelanggan,” katanya.
Dalam pada itu, pelanggan tetap dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan “Contactless Delivery” yang membolehkan pesanan dihantar terus ke rumah atau “Contactless Self-Collect” untuk pesanan diambil sendiri di premis.
KFC turut menerbitkan playlist khas untuk meraikan pembukaan semula restorannya kepada pelanggan dine-in.
Ketika ini KFC sedang membuat promosi Zinger Chop yang berharga RM24.50 (kombo 3 ketul) dan RM20 (kombo 2 ketul) dan Bucket Rakyat berharga RM64.90 (kombo 12 ketul) dan RM54.90 (kombo 10 ketul).