Laman sosial Facebook dilaporkan telah menyekat ribuan iklan yang dibuat oleh ‘sifu kewangan atas talian’ disyaki cuba mengambil kesempatan berikutan krisis ekonomi yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.
Menurut portal News Asia Today, sebilangan besar akaun yang telah disekat itu mengiklankan maklumat-maklumat yang tidak tepat dan memberikan jaminan berlebihan, dengan modus operandi mereka memperkenalkan ‘skim cepat kaya‘ atau ‘kursus meledakkan bisnes‘, dengan yuran dikenakan mencecah angka ribuan dolar.
Malah, terdapat segelintir sifu kewangan turut memperdaya para peserta untuk mempromosikan kursus-kursus mereka dengan mewujudkan beberapa laman web dan akaun pengiklanan bagi melepasi sekatan pengiklanan yang dikenakan Facebook.
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan iklan yang disiarkan di laman sosial sebelum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana program atas talian yang ditawarkan.
Jika anda terjumpa dengan iklan-iklan sebegini di Facebook, sila laporkannya kepada pihak Facebook supaya dapat diambil tindakan.
Syarikat teknologi seperti Facebook dan Google telah melaburkan sejumlah usaha dalam meningkatkan keselamatan pengguna di kesemua platform mereka, dengan mengaplikasikan kecerdasan buatan untuk mengenal pasti kandungan berniat jahat sebelum ianya tular kepada lebih ramai orang.
Baca juga artikel lain yang berkaitan Facebook di bawah: