Jutaan rakyat China yang pastinya terperangkap di dalam rumah susulan ketakutan terhadap wabak COVID-19 telah meningkatkan muat turun permainan mudah alih di negara tembok besar tersebut.
Menurut sumber Reuters, data yang dikeluarkan oleh aplikasi pasaran mobil, Sensor Tower memperlihatkan peningkatan sehingga 39% pada Februari lalu, dengan China menjadi penyumbang terbesar kepada rangsangan itu.
Statistik daripada Apple App Store di China juga turut menunjukkan kadar muat turun permainan mudah alih yang meningkat kepada 62%.
Dalam pada itu menurut App Annie pula, pada tiga minggu awal bulan Februari, purata muat turun di China telah meningkat hingga 80% jika dibandingkan dengan purata muat turut minggguan di keseluruhan tahun 2019.
Permainan ‘puzzle’ seperti Brain Out dan juga simulasi pertempuran dalam talian keluaran Tencent, Honor of Kings jelas mencuri tumpuan apabila menjadi permainan yang paling banyak dimuat turun oleh pengguna di China.
Para pemain permainan mudah alih di China juga dikatakan banyak mengeluarkan wang mereka untuk permainan Game For Peace, salah satu permainan yang mirip permainan popular di pasaran Asia pada ketika ini iaitu PUBG.
COVID-19 yang menyerang bandar Wuhan pada penghujung tahun lalu telah tersebar ke merata dunia dan dikhabarkan telah meragut lebih 3000 nyawa di seluruh dunia dengan majoritinya berlaku di China.
Kredit foto: Green Man Gaming